skip to main |
skip to sidebar
Angels & Demons Dari Persepsi Islam

- Hari minggu yang lepas. Aku berpeluang untuk menonton Filem Angels & Demons. Filem ini berkisar tentang krisis atau pertembungan diantara Golongan Sains dan Golongan Agama atau bahasa ringkasnya Saintis VS Agamawan. Filem ini amat menarik disamping ianya mempunyai unsur-unsur sejarah yang telah menjadi minat aku dan Filem ini juga membuatkan aku terfikir inilah akibatnya jikalau Golongan Agamawan terlampau jumud dan meletakkan kepentingan peribadi mengatasi yang lain.
- Kenapa aku berkata begini, Jika diimbas kembali sejarah Eropah sewaktu Zaman Kegelapan dahulu sebelum Abad ke-16, Apakah yang menjadikan Eropah menjadi begitu mundur dan gersang sekali didalam setiap aspek ?. Diantara salah satunya adalah penyalahguna kuasa Golongan Agamawan atau Golongan Gereja didalam pentadbiran Negara-negara di Eropah itu. Umum mengetahu bahawa corak pemerintahan pada Zaman Kegelapan atau Pada Zaman sebelumnya Revolusi Perancis dll adalah Sistem Pemerintahan bercorak Feudal. Iaitu dimana hierakinya adalah, Raja terletak di kedudukan teratas sekali, kemudian Gereja, Pembesar, Tentera, Rakyat dan terakhir sekali adalah hamba abdi. Dan sistem hieraki ini juga diguna pakai dalam Sistem Feudal di Nusantara.
- Punca kenapa Eropah mengalami Zaman Kegelapan 300-1550M adalah Golongan-golongan yang terletak diatas Hieraki tadi menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan kepada mereka. Kita fokus untuk hieraki kedua, iaitu Golongan Agamawan/Golongan Gereja. Kita mengetahui bahawa didalam setiap ketamadunan dan kerajaan-kerajaan silam yang memerintah di dunia ini akan mendengar nasihat/pandangan dan panduan dari Golongan Agama sebelum membuat sesuatu keputusan dan dasar. Jadi diatas peluang ini dan kuasa ini, Golongan Gereja tadi mengambil kesempatan atas nama Agama. Dimana mereka sewenang-wenangnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menguntungkan mereka/individu atas nama Agama.
- Sebagai contoh, Golongan Gereja menekan setekan-tekannya Golongan Petani, dimana mereka terpaksa membayar cukai tanah yang tinggi kepada Gereja bukan kepada Pemerintah. Golongan Gereja menggunakan nama Agama untuk memaksa Petani-petani ini membayar cukai kepada mereka dan kita mengetahui jkalau untuk Gereja tujuan apa lagi yang boleh dilakukan dengan wang pembayar cukai itu jikalau bukan untuk tujuan Agama sahaja. Dan mengikut kata Petrarch pada tahun 1330-an, "di tengah-tengah kesilapan-kesilapan, terserlah tokoh-tokoh genius yang tidak kurang tajam dengan mata mereka, walaupun mereka diselubungi oleh kegelapan dan kemuraman yang teruk". Kerana kata-kata inilah akhirnya Golongan Gereja terpaksa menulis sesuatu bagai melawan kata-kata Petrarch dan akhirnya memetaforakan tulisan-tulisan Golongan Gereja tadi sebagai "Cahaya Lawan Kegelapan" atau boleh ditafsirkan sebagai "Baik Lawan Jahat".
- Aku akan menghuraikan dari persepsi Islam dan tidak akan menghuraikan dalam persepsi Kristian. Dimana jika mengikut kepada Sejarah Angel & Demon atau Cahaya vs Kegelapan diatas dapatlah kita huraikan, ketamadunan akan bertambah kuno dan pinggir jikalau Golongan Agama masih mengekalkan kejumudan mereka. Ini yang terjadi terhadap Tamadun-tamudun Agung Islam yang lain, dimana Ulama-ulama sesuka-hati menafsir dan memfatwa sesuatu itu berdasarkan nafsu dan kepentingan mereka. Kita lihat bagaimana Kaum Muda menentang Kaum Tua sewaktu awal tahun 1900 dahulu. Kita lihat bagaimana Golongan Tajdid melawan Golongan Ortodoks dan kita lihat bagaimana Asri Zainal Abidin melawan Ulama Tua dan Konservatif. Semua itu sudah terpahat dalam Sejarah tanah air kita, cuma kesannya tidaklah seteruk Zaman Kegelapan Eropah sehingga mewujudkan Golongan Illuminati.
- Jadi hakikatnya Ulama-ulama di Tanah Air haruslah berubah dari berfikir secara konservatif dan ortodoks kepada pemikiran yang lebih terbuka dan liberal asalkan ianya tidak menyalahi hukum. Jikalau ini dapat dihadapi tidak mustahil Islam akan menjadi satu Ketamadunan yang agung seperti dahulu-kala. Jikalau ulama-ulama yang sekarang ini dikuasai oleh Golongan Tua masih berada ditakuk lama dan berfikir secara Konservatif serta Ortodoks, tidak mustahil Gerakan Illuminati akan wujud didalam Masyarakat Islam.
- Sebagai contoh, Ketika Tentera Turki Uthmaniah sedang bertempur didalam Perang Dunia-1 dan mereka memerlukan bantuan dari Negara Islam yang lain, Ulama-ulama di Negara Islam itu masih lagi berbahas tentang hukum Tentera Turki Uthmaniah memakai seluar pendek dan hasilnya Tentera Turki Uthmaniah itu tewas terus dan kesannya adalah kejatuhan Empayar Islamiyah Turki Uthmaniah. Walhal perkara seluar pendek atau panjang adalah bukan perkara fardu jikalau jihad telah diisytiharkan. Persoalan tentang pakaian itu boleh dibahas apabila masalah ini sudah selesai dan yang paling wajib dan fardu sekarang adalah menghantar bantuan yang diperlukan oleh saudara seugama.
- Di Malaysia juga begitu, Golongan Tua dan Konservatif sewenang-wenangnya menafsirkan sesuatu hukum itu tanpa merujuk kepada situasi dan persekitaran semasa. Perkara ini amat mendapat tentangan dari Dr Asri Zainal Abidin dan sering kali diutarakan dalam ceramah-ceramah beliau dimana pembaharuan(tajdid) hendaklah dilaksanakan. Dan gesaan beliau ini telah mendapat cemuhan dan kritikan dari Ulama Tua dan Konservatif yang menempelak beliau sebagai muda dan tidak berkelayakan. Sebagai contoh, penggunaan nama ALLAH bagi agama lain. Mengikut pandangan Dr Asri, sepatutnya tidak menjadi kesalahan dan kita umat Islam seharusnya berbangga dan bersyukur kerana penganut agama lain mengambil kepercayaan kita didalam urusan agama mereka dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan mendapat hidayah juga, insyaALLAH. Tetapi malangnya hal ini mendapat tentangan hebat dari Ulama Tua dan Konservatif di Tanah Air kita ini, dimana mereka mengusulkan bahawa ALLAH hanya untuk Islam dan bukannya untuk Agama lain. Walhal, Islam dan Quran itu adalah untuk semua, bukannya dikhususkan untuk Islam sahaja. Dinegara Teluk misalnya masyarakat Krisian disana bertutur dalam Bahasa Al-Quran dan menggunakan nama ALLAH dalam khutbah mereka. Tidak pun ianya menjadi masalah disana.
- Jadi kesimpulannya, Ulama Tua dan Ortodoks di Tanah Air kita ini haruslah mengrevolusikan minda mereka agar Ketamadunan Islam tidak lagi tertinggal dan Islam dipandang hina dan miskin seperti hari ini. Mereka adalah golongan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan sesuatu tamadun itu, jadi mereka haruslah mengorbankan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan ummah sejagat. Janganlah peristiwa Sains vs Agama, atau Gereja vs Illuminati berulang didalam Sejarah Islam dan akhirnya yang rugi adalah ummah dan ketamadunan Islam itu sendiri.
asri tidak layak dipanggil gol. muda melawan gol. tua, ini kerana asri sendiri selalu gagal hadir dlm program muzakarah dgn mufti2 semalaysia, asri lebih senang terpekik2 , telolong2, dlm blog , forum, paper yang menyokong ideanya..
ReplyDeleteperiksa sendirilah dengan ketua majlis fatwa kebangsaan, betapa banyak kali asri 'ponteng' kerna takut atau malas nk berhujah.
so, asri tidak layak dipanggil gol. muda mlawan tua, kerana tiada ciri langsung gol. muda adalah penakut spt asri.
kenape gereja katolik tolak sains?
ReplyDeletesbbnya adalah dr cerita dlm Bible yg Nabi Adam termakan buah khuldi yg dinamakan buah ilmu. bila Nabi Adam makan buah ni, maka baru dia sedar yg dia dah terlanjang. tp dgn makan buah tu yg menyebabkan dia telah mempunyai ilmu kesedaran tersebut. yg sebenarnya dia dah terlanjang pd asalnya tp tiada ilmu kesedaran tersebut. ni dipetik dpd Bible. pemahaman Islam memang sangat2 berbeza dlm hal ni.