Wednesday, May 20, 2009

Akhirnya Keris UMNO Gagal Dihunus Di Penanti

  • Akhirnya, detik yang dinanti-nantikan pun tiba dan diputuskan serta disiarkan dalam Akhbar Nasional pada Isnin 18 Mei yang lalu. Detik yang ditunggu adalah keputusan UMNO/BN Akan Bertanding di PRK Penanti atau tidak. Setelah ditolak kesana-kesini atau nama lainnya 'flip-flop" akhirnya keputusan dapat jua dicapai. Setelah pucuk pimpinan menolak kekiri dan kekanan apabila menjawab soal Penanti, Mahu bertanding atau tak akhirnya mereka memutuskan untuk tidak bertanding atas alasan itu Permainan Politik Pembangkang.
  • Setelah ditolak ke Biro Politik UMNO dan akhir sekali ke Mesyuarat BN akhirnya pertama kali Keris UMNO gagal untuk dihunus dengan berani dan gagah setelah 52 tahun menerajui Tanah Air ini. Apakah sebenar-benarnya persoalan yang membuatkan UMNO yang sinonim dengan "Hidup Melayu" ini begitu bacul dan dayus untuk menghadapi PRK kali ini ?. Adakah setelah tewas 4-1 dalam PRK sebelum ini membuatkan Keris UMNO begitu sukar sekali untuk dihunus dengan gagah beraninya ?. Adakah PRK sebelum ini UMNO/BN hanya bertanding untuk uji pasaran atau "test market" ?. Dan hipotesisnya adalah pada PRK Penanti ini, iaitu Keris UMNO tidak akan dihunus dengan gagah beraninya atas alasan Ekonomi Global dan Menumpu kepada Pembangunan Negara dan Rakyat.
  • Alasan yang diutarakan oleh UMNO/BN kali ini amatlah tidak masuk akal bagi mereka yang mampu berfikir dengan waras berdasarkan pretasi UMNO/BN sebelum ini. Dimana UMNO/BN amatlah sinonim dengan Elitis dan Bonjuis. Bolehlah disimpulan bahawa masuk/sertai UMNO akan mendapat rezeki yang melimpah-ruah dan mencurah-curah. Itu baru diperingkat Cawangan, belum lagi diukur di peringkat Bahagian,Negeri mahupun Pusat. Jikalau seorang Ketua Cawangan sahaja sudah mampu memandu CLK dan tinggal di Semi D, Apatah lagi jikalau seorang itu pemegang jawatan di Peringkat Bahagian, Pusat mahupun Negeri. Tentu boleh diagak bagaimana Elitisnya mereka ini, bagaimana gaya hidupnya mereka ini, bagaimana pendapatan dan perbelanjaan mereka ini.
  • Seorang Exco Pemuda juga telah mengaku bahawa beliau terpaksa membelanjakan 10 Juta Ringgit bagi memenangi jawatan di Peringkat Pusat. Itu baru Exco, bagaimana dengan jawatan-jawatan lain di peringkat Pusat ataupun Ahli Majlis Tertinggi. Jawatan-jawatan utama dalam Parti lagilah jangan disebut. Alamat boleh "tergolek-dog" rakyat marhain jikalau mendengar nilainya. Hanya kerana ingin memenangi/merebut satu jawatan didalam UMNO, mereka terpaksa "melabur" berjuta-juta ringgit. Kenapa hal ini sering terjadi dan diutarakan. Ini kerana UMNO tidak boleh dipisahkan dengan Elitis. Ahli-ahlinya tidak boleh diceraikan dengan kemewahan dan habuan jikalau ingin membuat sesuatu kerja untuk Parti.
  • Sampaikan setiap kali UMNO memerlukan jentera/soldadu untuk berkempen atau memasang bendera,poster dll untuk pilihanraya. Perkara pertama sekali yang terpacul dari mulut-mulut Soldadu ini adalah "Takda Masyuk ke" , "Ada Duit tak" , "Ada Upah tak" , "Berapa dapat sehari" dan lain-lain persoalan yang bertanyakan tentang habuan atau "masyuk". Kenapa perkara ini sering terjadi didalam UMNO ?. Tidak di Parti lain terutama Pakatan Rakyat ?. Ini adalah kerana ahli-ahli UMNO telah diasuh dengan duit dan habuan oleh pucuk pimpinan setiap kali ingin melakukan sesuatu kerja, waima untuk angkat tangan ketika pencalonan pun disogok dengan habuan. Itulah UMNO, dimana kapalnya telah hampir karam ditelan oleh wang ringgit yang telah menjadi darah daging mereka sendiri. Ini kerana didalam UMNO tidak ada ahli yang benar-benar ikhlas terhadap perjuangan. Hampir semuanya berfikir soal duit dan habuan apabila menyertai UMNO bukanlah untuk Bangsa, Agama dan Negara yang menjadi prinsip perjuangan UMNO sekian lamanya.
  • Berbalik kepada tajuk, alasan UMNO/BN untuk tidak berjuang kali ini didalam PRK Penanti adalah tidak masuk akal. Kerana apa kerana perbelanjaan untuk setiap Pilihanraya bolehlah diminimakan jikalau pengurus kewangan itu adalah pengurus kewangan yang jujur dan ikhlas. Jikalau pengurus kewangan itu seorang yang berfikir berapa beliau akan dapat setiap kali duit rakyat digunakan, maka akan tinggilah perbelanjaan setiap PRK itu. Selama 52 tahun UMNO memerintah tanah air ini. akhirnya buat pertama kali dalam Sejarah Malaysia Moden, UMNO terpaksa menjadi begitu dayus dan bacul dalam tahun 2009 ini. Kita tidak tahu dimana silapnya. Adakah UMNO telah menjadi Parti yang terus takut dan bacul jikalau PRK ditakdirkan sekali lagi ?. Rakyat memerhati apa yang Parti Pemerintah lakukan sekarang ini dan akan ada kesannya terhadap Parti untuk hari-hari mendatang. Untuk bertanding PRK pun UMNO berasa takut sebelum berjuang, adakah rakyat boleh harapkan lagi Parti ini untuk menjaga kita untuk 5 tahun lagi setelah 2013.
  • Untuk pengundi-pengundi di DUN Penanti, janganlah sedikit kecewa didalam PRK kali ini jikalau jalanraya-jalanraya dirumah anda tidak diturap lagi, dewan-dewan di kawasan anda tidak diperbaiki lagi, warga-warga tua tidak mendapat kain batik dan bermacam insentif lagi, petani-petani tidak mendapat durian runtuh lagi dll. Kerana ini adalah lumrah sistem Politik di Malaysia. Jikalau adanya sesuatu PRK itu, mesti projek mengejut atau projek mee segera tiba-tiba dilakukan dirumah anda, itu jikalau Parti Pemerintah bertanding sama. Tetapi kali ini berbeza, parti pemerintah tidak bertanding sama, mereka telah menyerah kalah sebelum bertempur. Dan pengisytiharan kekalahan mereka itu akan membuatkan DUN Penanti mungkin tidak dapat Projek mengejut atau Projek Mee Segera sebelum ini. Jadi pengundi DUN Penanti janganlah kecewa dan berasa hati, kerana ini adalah lumrah Politik di Malaysia.
  • Akhir kalam, keputusan yang dibuat oleh UMNO/BN kali ini amatlah mengecewakan dan menyedihkan. Kerana Parti yang sekian lama memimpin kita ini telah hilang taringnya. UMNO telah hilang kerisnya. Dacing telah hilang pertimbangannya, dan kita tidak lagi boleh megharap parti yang takut dan dayus ini akan memimpin kita untuk 5 tahun lagi selepas 2013. Jadi Kaum Proliter sekalian, bangkitlah, berjuanglah untuk bersama-sama rakyat yang lain untuk membina Malaysia Baru dan Masa Depan Yang Baru Untuk Malaysia. Dimana Negara yang kita cintai ini akan menjadi milik kita, bukan milik individu tertentu yang berselingdung atas nama Pemerintah. Hanya satu pilihan.

No comments:

Post a Comment