Monday, May 18, 2009

UMNO Perlu Berubah Atau Sebaliknya

  • Setelah Tsunami 8 Mac melanda Negara yang kita cintai ini, saban hari akan kedengaranlah komentar-komentar, pandangan dan saranan dari pihak akademik, penganalisis-penganalisis politik baik di Media Cetak dan Media Elektronik yang menyuruh atau menyaran UMNO Perlu Berubah, UMNO Hendaklah Berubah dan bermacam-macam lagi perkataan yang signifikan kepada Perubahan atau bahasa hiburannya Transformasi seperti yang dicanang oleh Principal Tiara didalam AF 7.
  • Persoalannya apakah relevannya Penganalisis-penganalisis dan ahli-ahli akademik ini menyaran sedemikian rupa kepada Parti yang telah berkuasa selama 52 tahun ini. Adakah mereka berharap UMNO akan kembali berubah dan seterusnya memerintah dan mereka dapatlah mencari makan dengan "kabel-kabel" mereka didalam UMNO ?. Atau adakah mereka berharap UMNO Akan terus memerintah sehingga kiamat ?. Atau jiwa dan minda mereka telah dibasuh bahawa hanya UMNO lah yang dapat memerintah dan memajukan Tanah Air kita ini ?. Tanpa UMNO kita masih tinggal diatas pokok lagi mereka beranggapan.
  • Cukuplah, Sudahlah, UMNO Tidak lagi mendapat tempat dihati rakyat setelah apa yang mereka lakukan selama 52 tahun pemerintahan mereka. Ini adalah hakikat. Lihatlah di Kuala Terengganu yang menjadi Kubu Kuat UMNO saban tahun dan selepas Mac 08. Adakah ianya mendapat tempat lagi dihati nurani rakyat ?. Tidak bukan. Jadi ini adalah petanda bahawa hayat UMNO sudah sampai ke penghujung dan akan mengikut langkah Parti Politik yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Kongres, LDP, Golkar dimana mereka ini sudah dimuziumkan oleh Rakyat.
  • Jadi Persoalannya, siapa yang sepatutnya berubah ?. UMNO ataupun RAKYAT ?. Bagi saya Rakyatlah yang harus berubah. Daripada mengundi UMNO/BN Saban tahun haruslah berubah kepada lawannya. UMNO memang tidak pernah berubah dari dahulu lagi. Lihatlah sahaja cara kempen mereka, cara menangani sesuatu isu, cara mereka mentadbir dan memerintah, Adakah ianya pernah ada perubahan sejak zaman dahulu lagi ?. Tidak bukan. Saban kali ada PRU/PRK UMNO akan mengula-gulakan Rakyat dengan pembangunan dan juga tidak lupa yang telah menjadi tradisi Kain Batik. Setelah PRU/PRK apa yang berlaku ?.Mereka yang mengundi untuk kemenangan UMNO ini akan dipinggirkan dan akan dipungut kembali setelah 5 tahun mendatang. Mahukah kita menjadi Rakyat yang senang dibeli dan diperbodohkan hanya sekali dalam 5 tahun ?.
  • Konklusinya, UMNO Tidak perlu berubah, Rakyat yang harus berubah kearah Malaysia Baru kerana Sekarang Adakah Masa Untuk Perubahan.

    Hidup Rakyat !

No comments:

Post a Comment