Monday, May 18, 2009

UMNO Perlu Jaga Melayu Sahaja

  • Didalam Mingguan Malaysia edisi 17 Mei 2009...ada satu ruangan yang ditulis oleh Awang Selamat...tajuknya lebih kurang begini "UMNO Perlu Jaga Melayu Sahaja"...Persoalannya disini, apakah perlunya Awang Selamat menghasut atau meracun UMNO sedemikian rupa...yakni menyuruh atau mencadangkan bahawa Parti UMNO hanya perlu menjaga Kaum Melayu sahaja...walhal Presiden UMNO sendiri sudah melaungkan slogan 1 Malaysia dan juak-juaknya menafikan yang UMNO adalah Parti Perkauman, Tetapi bagi saya ianya hanyalah retorik sahaja kerana umum mengetahui bahawa UMNO adalah Parti Perkauman yang saban kali menggunakan isu Melayu apabila sudah tersepit...Lihatlah sewaktu Mac 08 apakah tajuk-tajuk Utama Media Perdana jikalau tidak memainkan isu Perkauman yang berselindung diatas nama Melayu. Benda ini amat bahaya untuk kesemakmuran dan kesempurnaan masa depan negara kita yang terdiri dari pelbagai bangsa
  • Berbalik kepada topik, Apakah relevannya Awang Selamat menulis sedemikian didalam Akhbar Perdana kerana ianya dibaca oleh segenap lapisan Rakyat. Tidakkah komentar ini boleh menyinggung perasaan Kaum Bukan Melayu apabila membacanya?. Adakah Komentar ini adalah lanjutan dari episod membalas dendam setelah Pilihanraya Kecil Bukit Gantang 7 April yang lalu dimana UMNO menerima tamparan hebat apabila hampir 70% Undi Kaum Bukan Melayu tidak memihak kepada UMNO ?. Atau adakah UMNO adalah Parti yang hanya membela Kaum Melayu tidak kepada segenap lapisan masyarakat seperti yang dilaung-laungkan oleh pemimpin mereka sebelum ini?.
  • Jikalau rakyat yang berfikir, sudah tentu dapat menilai, siapakah Parti Perkauman sebenar dan Siapakah Parti yang Berjuang Untuk Lapisan Masyarakat sebenarnya. Maka konklusinya Kita Rakyat haruslah menolak Parti yang mengamalkan Politik murahan seperti ini dan berselindung diatas nama Bangsa semata-mata untuk masa depan Parti dan Kocek para pemimpinnya. Sekarang adalah masa untuk kita Rakyat mewujudkan Kearah Malaysia Baru dan bersama berganding bahu dalam membina Tanah Air yang kita cintai ini demi masa depan anak cucu kita semua.
  • Kaum Proliter semua, bersedialah untuk menolak Parti Perkauman seperti UMNO ini walau dimana jua mereka bertanding, walau apa isu yang dibawa oleh mereka, kerana mereka akan mengingati kita hanya setiap 5 tahun sekali sahaja dan akan melupakan kita selepas itu dan terus membina kekayaan kocek sendiri atas undian yang kita berikan. Sanggupkah kita melihat Malaysia Tanah Air yang tercinta ini di UMNO Incorporatedkan..?. Cukuplah sekadar 52 tahun kita diperkotak-katikan dan diperbodohkan oleh UMNO. Sekarang adalah Masa Untuk Perubahan Kearah Malaysia Baru.

No comments:

Post a Comment