- Syabas YB Balik Pulau, Saudara Yusmadi didalam Rancangan HUJAH semalam. Beliau mengutarakan berkenaan anak muda memerlukan Ruang, Peluang dan Keyakinan. Memang betul apa yang YB utarakan tu.
- Anak Muda sekarang memerlukan Ruang untuk memberikan pendapat, sumbangan dan bermacam-macam lagi. Pendek kata anak muda sekarang perlukan pentas seperti masa A.Samad Said memerlukan pentas. Ini adalah kerana anak muda sekarang berasa dipinggirkan dan tidak dihargai sumbangan mereka walhal mereka juga adalah Rakyat dalam negara ini. Apabila anak muda bangkit sahaja untuk bersuara, maka akan ditutup serapat-rapatnya suara anak muda tadi agar tidak dapat didengar oleh dunia luar. Kerana apa ?. mungkinkah telah menjadi adat, suara anak muda itu berani dan lantang tanpa hipokritasi. Ini kerana apa yang hendak disuarakan oleh anak muda adalah benar-benar tulus dan ikhlas dari hati dan tidak ada apa yang tesirat disebaliknya. Ini adalah anak muda ini ingin menunjukkan kepada dunia apa yang mereka mahu. Tetapi sayang, di Malaysia ini, suara anak muda amat "mahal" sekali untuk didengar, tidak tahu dimanakah salahnya. Mungkinkah pemerintah ingin menutup suara anak muda ini agar mereka tidak menjadi seorang lagi Asri Zainal Abidin yang bersedia menempelak pihak yang telah terpesong dan salah sehingga terkena ke batang hidung sendiri. Amat sedih sekali tanah airku ini kerana pentas anak muda tidaklah disediakan.
- Anak muda juga harus diberikan peluang untuk mereka menonjolkan bakat dan kemampuan mereka didalam pelbagai bidang. Jangan kerana faktor umur mereka ini dipinggirkan dan peluang-peluang tersebut dikuasai oleh Kaum Tua yang Ortodoks dan Konservatif sahaja. Jikalau budaya ini berterusan, kita khuatir anak muda generasi akan datang akan leka dan khayal dengan hiburan semata-mata. Tidak ada yang berminat atau bahasa mudanya "ambil pot" terhadap negara, Ini yang terjadi di Amerika dimana golongan muda tidak berminat dalam soal yang berkaitan pembangunan negara sehinggakan untuk membuang undi juga anak muda ini tidak berminat. Sebab apa, sebab mereka terlampau asyik dan terleka dengan hiburan yang disuapkan oleh Pemerintah dan Kaum Pemodal.
- Anak muda harus diberi keyakinan juga dalam menentukan hala tuju negara ini. Apa salah kali ini setiap golongan memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada anak muda untuk meneraju pembangunan dan masa depan negara ini. Kita lihat bagaimana kemampuan mereka. Jikalau tidak cemerlang dan hasil tidak memuaskan, kita boleh tukar mengikut lunas-lunas demokrasi. Tiada masalah bukan. Nor Jazlan(Ketua UMNO Salah Satu Bahagian di Negeri Johor) yang cuba untuk membuat perubahan dan pembaharuan(tajdid) didalam UMNO juga telah ditolak oleh UMNO sendiri. Beliau telah mencipta sejarah dimana seorang anak muda dan Ketua Bahagian ingin bertanding jawatan Presiden dan cita-cita beliau ini telah dipersendakan oleh setiap lapisan masyarakat dan golongan. Beliau sendiri menzahirkan kekecewaan ini dimana beliau berkata "UMNO Tidak Mahu Perubahan Dalam Parti" walhal tujuan beliau itu adalah ingin membuat perubahan sesuai dengan jiwa dan sifat anak muda. Apa salah diberi Peluang dan Ruang untuk anak muda kali ini.
- Generasi muda merangkumi 40% sosio-masyarakat dalam negara ini. Bagaimana jikalau anak muda ingin bersatu dan membina kekuatan sendiri ?. Tentu amat sukar dibayangkan sekali bukan. Jadi kesimpulannya, berilah anak-anak muda ini Ruang,Peluang dan Keyakinan dalam hala tuju negara ini. Meskipun tidak 100%, cukuplah sekadar 30%. dan kita lihat hasilnya kelak. Anak muda di Malaysia ini masih belum seperti anak muda dinegara lain dimana mereka telah lalai dan leka dengan candu hiburan. Anak muda di Malaysia ini masih ada yang waras dan ambil berat dalam hal-hal kenegaraan. Lihatlah hasilnya dimana Saluran 4,5 dan 6 adalah penyumbang kepada kemenangan sesuatu parti itu. Bukannya saluran 1,2 dan 3 yang umum mengetahu sudah dibeli oleh satu pihak dengan hanya berbekalkan Kain Batik dan Baja Subsidi.
Wednesday, May 20, 2009
Anak Muda Perlukan Ruang, Peluang dan Keyakinan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment