Thursday, May 28, 2009

Kadar Tol Lebuhraya Membebankan Rakyat

  • Akhirnya, Juak-juak pemerintah sendiri telah bersuara akan kebebanan yang mereka hadapi dalam menggunakan perkhidmatan lebuhraya dan tol-tol yang telah dibina untuk meraih pulangan modal dan yang penting adalah keuntungan. Hal seumpama ini boleh dirujuk didalam Akhbar milik pemerintah, Utusan Malaysia keluaran 28 Mei dibawah tajuk "Kerajaan Perlu Serius Atasi Isu Tol-Khir". Setelah 52 tahun mereka berkuasa dan setelah berdekad-dekad jaringan lebuhraya ini dibina dan disiapkan serta boleh digunakan oleh Rakyat, hanya sekali ini baru mereka bersuara, menyuarakan akan bebanan yang perlu ditanggung oleh rakyat saban hari berkenaan kemudahan lebuhraya ini.
  • Untuk pengetahuan anda semua, di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, ada lebih 18 lebuhraya yang sudah beroperasi dan 2 lebuhraya yang berada didalam pembinaan. Sudah semestinya jikalau namanya adalah lebuhraya tidak sah atau tidak lengkap jikalau tidak didirikan pondok-pondok tol dengan tujuan mengutip kembali modal yang telah dilaburkan dan tidak lari juga keuntungan yang akan diperolehi. Ini adalah kerana pihak konsessi yang bertanggungjawab dalam pembinaan lebuhraya ini haruslah menggunakan modal mereka dahulu dan apabila telah selesai pembinaan ini, mereka dibenarkan oleh pihak pemerintah untuk mengutip kembali modal tersebut dengan mendirikan pondok-pondok tol. Keadaan ini dipanggil Inisiatif Dana Swasta atau Private Fund Inisiative (PFI) dimana Pemerintah tidak akan mengeluarkan sesen pun untuk tujuan pembinaan ini meskipun ianya atas nama Kemudahan Rakyat.
  • Apabila berlakunya perkara ini (PFI), syarikat konsessi berhak membuat apa sahaja terhadap lebuhraya ini termasuk menaikkan kadar kutipan tol selagi ianya tidak melanggar perjanjian antara Syarikat Konsessi dengan Pemerintah. Kenaikkan kadar tol saban tahun atau 3 tahun sekali ini juga temasuk didalam perjanjian ini. Jadi dimanakah ianya yang dikatakan untuk Kesenangan Rakyat ?. Rakyat terpaksa tanggung benda yang pemerintah bina atas nama keselesaan dan kemudahan rakyat, meskipun ianya tidak pernah diminta oleh rakyat.
  • Inilah salah satu daripada sistem pemodal, dimana rakyat perlu menanggung atas benda yang mereka tidak minta, dan jikalau rakyat berkeras membantahnya, mereka akan menggunakan hubungan mereka dengan pemerintah untuk menekan rakyat agar terus menerima langkah ini. Apa yang saya utarakan ini adalah logik dan melalui pengalaman, kita ambil contoh satu lebuhraya yang akan dibina, mestilah ianya akan melalui tanah-tanah milik rakyat dan bagaimana mereka hendak mendapatkan tanah-tanah tersebut ?. Memang benar dan tidak dinafikan yang mereka akan membayar pampasan diatas "rampasan" tanah tersebut, namun persoalannya, adakah nilai itu ditentukan oleh tuan tanah ?. Adakah nilai pampasan itu berbaloi dengan nilai tanah tersebut ?. Tidak bukan, ianya ditentukan oleh Syarikat Pemodal tadi (Konsessi). Tidak kira berapa nilai semasa harga tanah tersebut, Tuan tanah harus menerimanya tanpa dakwa-dakwi, meskipun bayaran pampasan itu tidak memuaskan dan berbaloi.
  • Jikalau Tuan tanah ini terus berkeras dan ingkar atas "saranan" pemodal untuk menerima sahaja pampasan ini, maka satu lagi langkah akan diambil oleh pemodal, iaitu dengan menggunakan hubungan dan sogokan yang telah mereka berikan terhadap Pemerintah atau pihak berkuasa tempatan. Apabila penguasa menunjukkan taringnya, maka secara tidak langsung Tuan tanah ini terpaksa menerima sahaja apa jua saranan, meskipun ianya dilihat zalim dan tidak berperikemanusian. Kasihan bukan, rakyat marhain acap kali menjadi mangsa mereka yang berkuasa dan berdarjat.
  • Di episod yang lain pula, pemodal akan bersetuju dengan tawaran yang ditawarkan oleh Tuan tanah diatas pampasan yang akan diberikan, tidak kira berapa nilainya, asalkan munasabah dan relevan. Namun disebalik "kebaikan" dan "kemurahatian" pemodal ini sebenarnya terdapat rancangan yang tersirat dimana akan membuahkan keuntungan untuk pemodal sahaja, meskipun mereka terpaksa mengeluarkan modal yang agar besar. Ini tidak menjadi masalah pemodal, asalkan hajat dapat ditunaikan dan keuntungan dapat diraih berganda-ganda. Katakan pemodal hanya akan ambil sedikit sahaja tanah dilaman rumah Tuan tanah ini untuk membina lebuhraya, dan pampasan yang diberikan adalah tinggi nilainya berdasarkan permintaan Tuan tanah. Tetapi diakhirnya, pemodal akan melakukan satu cara dimana Tuan tanah ini terpaksa juga menggunakan lebuhraya ini jikalau mereka ingin kemana-mana destinasi yang diimpikan. Pendek kata, Tuan tanah ini mesti melalui tol jikalau ingin keluar jauh dari kawasan rumah. Tidak kiralah hendak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti, balik kampung atau sebagainya. Dari situlah, pemodal ini akan meraih kembali modal yang telah mereka berikan atas nama pampasan tadi.
  • Kebiasaannya, pemodal yang menjadi konsessi lebuhraya ini tadi akan mengikat kontrak dengan pemerintah untuk satu tempoh yang lama, kebiasaannya 20 tahun. Dan didalam tempoh 20 tahun inilah, kenaikkan kadar tol akan terus dilakukan mengikut perjanjian yang telah diikat tadi. Jadi sebenarnya pemodal tidaklah kerugian apa-apa meskipun modal yang dilabur berjumlah ratusan juta ringgit. Mereka akan meraih kembali pelaburan ini bersama dengan keuntungan dalam tempoh tidak sampai 20 tahun pun. Sekali lagi atas nama keselesaan rakyat, kita terpaksa tanggung segala kos operasi yang mereka lakukan tanpa permintaan kita. Inilah dia sifat perniagaan bercorak Kapitalis atau pemodal. Jadi diakhirnya yang rugi dan tercengang adalah rakyat juga.
  • Kesannya yang perlu ditanggung oleh rakyat diatas kenaikkan kadar-kadar tol ini adalah kenaikkan harga barang keperluan yang lain juga. Ini adalah kerana, syarikat-syarikat yang membekalkan keperluan untuk rakyat ini, harus bahkan wajib melalui lebuhraya ini jikalau ingin menghantar keperluan ini ke destinasi yang telah ditetapkan. Kadar tol bagi setiap kenderaan perdagangan adalah tinggi sekali nilainya. Dan ini akan membebankan syarikat-syarikat yang membekalkan barang keperluan tadi, dimana mereka harus menanggung juga kos pengangkutan dan tol yang telah digunakan. Jadi untuk mengelakan kerugian, mereka akan menaikkan harga barang keperluan tadi, dan pembeli yang membeli barang keperluan tersebut wajib juga menanggung untuk kos pengangkutan dan tol tadi. Maka, harga keperluan akan terus meningkat, dan rakyat juga yang tersepit.
  • Penyelesaian kepada segala pemasalahan ini adalah, rakyat tidak seharusnya menanggung apa yang telah dibuat dan dilakukan kononnya untuk mereka meskipun mereka tidak meminta. Kadar tol untuk kenderaaan perdagangan haruslah diseragam dan diminimakan agar ianya tidak membebankan rakyat dihujungnya. Rakyat tidaklah harus dilibatkan secara tidak langsung atas segala pemasalahan yang telah dilakukan oleh Kaum Pemodal. Rakyat berhak mendapat apa yang telah mereka bayar selama ini untuk negara.

Wednesday, May 27, 2009

Aminah Abdullah Bakal Timbalan Ketua Menteri 1

Semenjak dua ni apabila isu PRK Dun Penanti hangat diutarakan, timbul pula akan isu baru. Iaitu isu calon yang bertanding atas tiket bebas, Aminah Abdullah. Dimana calon ini menimbulkan isu yang beliau telah ditawar sejumlah wang RM 80,000, Jawatan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan yang menarik sekali Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, terbaru beliau menyatakan bahawa ada kejadian yang melibatkan maruah berlaku di sebuah hotel di Nibong Tebal.

Persoalannya disini, siapakah Aminah Abdullah atau Kak Min ini sehinggakan ada pihak yang bersedia menawarkan Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang jikalau beliau menang bertanding. Apakah kelayakkan yang membolehkan beliau ditawar jawatan sedemikian rupa. Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 adalah satu jawatan yang penting selepas Jawatan Ketua Menteri didalam Kerajaan Negeri. Adakah beliau seorang yang pintar dan berpengaruh sehinggakan beliau boleh ditawar jawatan yang penting ini ?.Adakah beliau seorang yang mempunyai pengalaman dalam soal pentadbiran negeri dimana Jawatan ini memerlukan kepakaran yang dasyat disamping latar belakang yang hebat ?.

Berbalik kepada penawaran tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, iaitu orang yang bertanggungjawab diatas perlantikan ini tidak pernah menemui beliau. Kak Min hanya memaklumkan bahawa ahli PKR diperingkat bawah sahaja yang menemui beliau, tidak diperingkat atasan. Apakah kuasa atau jaminan yang boleh diberikan oleh 2 orang ahli biasa ini ?. Adakah 2 orang ini amat bekuasa sehingga boleh menjamin akan jawatan Timbalan KM 1 kepada Kak Min ?. Jikalau benarlah sedemikian, ini bermakna 2 orang ini adalah lebih berkuasa dari Ketua Menteri sendiri, iaitu orang yang bertanggungjawab dalam perlantikan ini.

Kak Min harus bercakap atas logik akal dan sertakan juga bukti-bukti yang kukuh bagi membuktikan dakwaan beliau ini berasas agar tidak dilabel sebagai fitnah. Isu jawatan Timbalan KM 1 adalah benda penting dan tidak boleh dipandang ringan. Jadi kita berharap Kak Min dapat membuktikan bahawa jaminan ini adalah benar belaka tanpa prasangka.

Berbalik kepada persoalan ini, adakah tujuan Kak Min menimbulkan isu-isu ini atas sebab publsiti ?. Sebab sudah menjadi tradisi setiap PRK, Calon Bebas tidak akan mendapat liputan menyeluruh atau publisiti yang begitu hebat seperti Kak Min ini. Ini kerana calon yang akan dan dijamin mendapat publisiti meluas adalah calon BN, Calon dari PR juga amat jarang untuk diberi publisiti sedemikian rupa. Tapi tidak di Penanti, publisiti untuk Kak Min dilihat hebat dan mengatasi publisiti untuk calon PKR apatah lagi untuk 2 orang Calon Bebas yang lain. Adakah petanda-petanda ini bermaksud yang penglibatan Kak Min dalam PRK Penanti adalah diatas arahan sesuatu pihak ?.

Jikalau kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tidak pernah dalam sejarah Politik Malaysia moden, seorang calon bebas diberikan liputan dan publisiti yang meluas seperti Kak Min ini. Perbuatan publisiti ini seolah-olah yang bertanding itu adalah Calon BN, jikalau diukur dari segi publisitinya. Ini kerana publisiti ini selalunya diperolehi oleh Calon BN sahaja jikalau ada PRK. Jadi fikir-fikirkanlah, adakah terdapat tangan-tangan ghaib dibelakang Kak Min...

Ezam Mengutarakan Soal Rasuah Didalam UMNO


  • Hujah 26/5 di TV9 menampilkan Ezam sebagai Ahli Panel dan Prof Agus sebagai Pengerusi. Memang menarik Episod Hujah kali ini kerana soalan-soalan yang dilontarkan oleh Prof Agus adalah bersifat "bola tanggung" dan disitu kita dapat menilai akan taraf sebenar Ezam ini setelah beliau menyertai UMNO kembali. Ezam tidak langsung menunjukan ciri-ciri seseorang yang sebenarnya berpegang pada prinsip seperti yang beliau war-warkan sebelum ini. Sebelum ini beliau menyatakan yang beliau menyertai UMNO atas dasar prinsip dan prinsip tersebut adalah Rasuah yang mana menjadi penentangan atau musuh utama beliau sehingga tertubuhnya Gerak. Prinsip atau penjelasan atau pendirian beliau untuk kembali menyertai UMNO adalah kerana pada masa itu beliau melihat dan mengakui bahawa UMNO benar-benar telus dan bersungguh-sungguh dalam membasmi Rasuah. Diantara bukti yang diutarakan oleh beliau adalah dengan tertubuhnya SPRM dan Hebohan tentang salah-laku rasuah didalam UMNO oleh Majilis Tertinggi UMNO.
  • Apakah Ezam telah lupa atau terlepas pandang, semenjak beliau kembali menyertai UMNO, berapa ramai pemimpin2 UMNO yang didakwa atas salahlaku Rasuah oleh SPRM ?. hanya seorang dua bukan ?. Lantas bagaimana pula dengan pemimpin2 lain yang telah dibuktikan terlibat dalam salahlaku Rasuah ketika Pemilihan Agung oleh MT ?. Bagaimana dengan Ali Rustam, KJ, Isa Samad dll ?. Adakah mereka ini telah didakwa oleh SPRM yang menjadi modal pendirian Ezam untuk kembali menyertai UMNO ?. Apa Ezam terlupa atau terlepas pandang akan demonstrasi di ruang legar PWTC yang mana membantah campurtangan oleh SPRM terhadap urusan dalaman UMNO ?. Apa Ezam lupa atau terlepas pandang akan Ketua Menteri Melaka masih kekal memegang jawatannya sebagai Ketua Menteri meskipun 1 Malaysia sudah tahu beliau terlibat dalam salah-laku rasuah. Apa Ezam lupa atau terlepas pandang akan nasib KJ yang hanya diberi amaran sahaja setelah terbukti yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah ketika Pemilihan Agung ?.Sedangkah mangsa yang melakukan kesalahan yang sama digantung pertandingannya. Dimanakah peranan SPRM didalam kes-kes sebegini yang buktinya sudah kukuh dan sudah diheboh 1 Malaysia ?. Adakah kerana mereka UMNO, maka SPRM terkecuali untuk melakukan pendakwaan ?.
  • Kita lihat hujah2 Ezam semalam yang bagi saya gagal dijawab dan tidak menepati soalan. Ezam mengatakan mereka yang berkuasa akan mengamalakan rasuah. Ini salah, UMNO masih dengan sindromnya yang mana beranggapan bahawa apa yang UMNO lakukan akan dilakukan juga oleh parti lain. Jikalau UMNO melakukan rasuah, Parti lain juga melakukan rasuah, inilah yang dicanang2 oleh UMNO dan pendek kata, UMNO ingat, apa yang mereka buat, orang lain akan buat. Sekarang zaman millenium, orang sudah ada sumber2 alternatif bagi mendapatkan berita dan kebenaran. Kalau 20 tahun dahulu UMNO mengatakan demikian, ya, mungkin ada yang akan percaya. Namun pada zaman sekarang, apa yang UMNO katakan tidak mungkin rakyat akan terima. Ini kerana sudah sinonim atau ibarat Irama dan Lagu dimana Rasuah dan UMNO memang tidak dapat dipisahkan. Waima jikalau ingin bertanding diperingkat cawangan sekalipun wajib hulur atas nama duit kopi
  • Rasush dan UMNO sudah bermula sewaktu UMNO dizaman Tunku lagi. Dimana satu peristiwa yang dapat saya ambil adalah peristiwa dimana Tunku "mencolek" dan"mengugut" ahli-ahli DUN Kelantan pada tahun 60-an dulu. Dimana Tunku juga menawarkan mereka habuan atau "hadiah" jikalau mereka bersetuju untuk melompat Parti dan akhirnya menyebabkan Kerajaan Negeri yang diterajui PAS tumbang. Ini diakui sendiri oleh Bekas Presiden PAS dan kemudiannya menyertai UMNO, Tan Sri Asri Muda didalam memoirnya. Jadi tidak dapatkah kita sinonimkan lagi bahawa Rasuah sudah menjadi darah daging UMNO sejak zaman-berzaman lagi.
  • Ezam juga kononnya mengambil contoh isu balak di Kelantan dengan harapan penonton beranggapan bahawa Kerajaan Negeri Dibawah teraju PAS juga mengamalkan rasuah. Isu balak di Kelantan tiada sangkut paut dengan Kerajaan Negeri kerana Tanah-tanah di Kelantan yang terlibat dalam isu balak ini adalah dibawah Kuasa Istana, yakni bermaksud tanah-tanah ini adalah milik Istana(individu) dan bukannya milik kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri tidak terlibat langsung dalam isu jual balak ini. Namun seperti biasa UMNO sekali lagi menggunakan Istana untuk memburukkan PAS di Kelantan sebab UMNO ketahui bahawa PAS tidak mampu untuk serang balas kerana isu ini melibatkan Istana dan jikalau PAS menyerang balas, UMNO akan menggunakan taktik kotornya dengan memainkan isu bahawa PAS Derhaka kepada Istana.
  • Ezam juga sedaya-upaya memburukkan Mantan Menteri Besar Perak yang sah, iaitu Dato' Seri Ir Nizar dengan mengaitkan beliau memberi arahan kepada Adun tersebut supaya tidak menyimpan wang hasil balak didalam akaun peribadi. Kenapa Ezam tidak mahu menyebutkan nama Adun tersebut jikalau beliau merasakan cerita ini adalah berasas ?. Kenapa mesti putar-belit dengan hanya menyebut seorang Adun, tidak nama Adun tersebut ?. Kalau beliau yakin dan sahih akan sumbernya itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk menyebut akan nama Adun tersebut. Berani kerana benar, takut kerana salah. Sesiapa pun boleh mengarang cerita tersebut dengan hanya menyebut secara umum tidak secara khusus. Dan untuk pengetahuan Ezam, Adun tersebut sudahpun lompat ke dalam Barisan Nasional secara tidak rasmi. Dan jikalau sudah melompat kedalam Parti Pemerintah, dan Ezam mengetahui beliau terlibat dalam salah-laku ini. Kenapa tidak diutarakan kepada Pemimpin Parti Pemerintah di Negeri tersebut untuk diambil tindakan yang sewajarnya ?. Adakah kerana dengan menyertai Parti Pemerintah segala dosa silam akan terhapus sebegitu sahaja dan kerana SPRM juga dibawah telunjuk Parti Pemerintah maka dosa Adun ini tadi tidak menjadi kesalahan ?. Ezam juga harus mengetahui bahawa sewaktu Adun ini didalam Parti lamanya, beliau telah dikenakan tindakan keras atas salah-laku yang dilakukan. Jadi siapa yang telus dan siapa yang menyembunyikan kesalahan ?.
  • Ezam juga mengutarakan soal kotak yang kononnya berpeti-peti yang didalamnya terisi segala rahsia-rahsia rasuah pihak kerajaan. Namun sehingga ke hari ini Ezam gagal untuk membuktikan kewujudan kotak-kotak ini. Sehinggalah semalam, akhirnya Ezam mengaku bahawa kotak tersebut tidak berada didalam simpanan beliau. Ianya didalam simpanan Dato' Seri Anwar. Apa Ezam telah lupa akan butir-butir ceramah beliau didalam Keadilan dahulu. Dimana acap kali beliau bercerita, kotak-kotak tersebut berada dalam simpanan beliau dan ianya disimpan diluar negara. Ezam mengambil buku karangan Prof Aziz Bari untuk menyokong hujah beliau bahawa beliau tidak terlibat dengan kotak-kotak ini. Dimana dalam buku tersebut tertulis bahawa Ezam hanyalah pernah melihat kotak-kotak tersebut namun tidak pernah beliau menyimpannya.
  • Sewaktu didalam Keadilan dahulu, Ezam acap kali menyebut akan perihal kotak-kotak itu mengandungi salah-laku Kerajaan, namun sehingga kesaat beliau keluar Keadilan dan akhirnya menubuhkan Gerak, beliau masih gagal untuk menjalankan pendakwaan terhadap pemimpin-pemimpin itu berkenaan rasuah yang kononnya tersimpan didalam kotak yang berpeti-peti itu. Walhal jikalau dikaji-kaji akan tujuan tertubuhnya Gerak, adalah untuk membanteras Rasuah. Namun sehingga kesaat terakhir beliau sebagai Presiden Gerak, beliau masih gagal untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam isu kotak ini meskipun beliau kononnya ketahui bahawa segala bukti ada didalam kotak itu
  • Jadi, didalam pemasalahan ini Ezam seharusnya berfikir dua atau tiga kali jikalau ingin mengutarakan soal Rasuah yang menjadi musuh no 1 beliau, ini kerana, Parti yang baru beliau sertai kembali itu tidak pernah lari dari salah-laku rasuah meskipun ianya telah dipenjenamaan semula atas nama Politik Wang, bahkan kes-kes ini akan ada sahaja yang terbaru temasuklah hari ini dimana seorang Ketua UMNO Bahagian didakwa atas kes rasuah yang melibatkan RM 200 Ribu. Janganlah jadi seperti Kuali mengata Belanga Hitam, walhal kedua-duanya adalah sama.

Tuesday, May 26, 2009

Sampai Bila Sistem Pengangkutan Kita Membebankan Rakyat

Sampai Bila ?. Itulah tajuk Utusan Malaysia 26 Mei bagi merujuk kepada masalah pengangkutan awam yang begitu teruk sekarang ini. Masalah yang diutarakan adalah kesesakan didalam pengunaan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Baik bas mahupun LRT dan tidak lupa juga KTM Komuter. Kesesakan yang dimaksudkan adalah kesesakan penumpang-penumpang sistem pengangkutan awam ini yang terpaksa beresak-esak, berhimpit-himpit dan juga berkejar-kejar didalam penggunaan sistem ini. Didalam masalah ini, hal keselamatan ditolak ketepi, yang lebih utama bagi penumpang adalah mereka dapat menggunakan pengangkutan ini dan seterusnya boleh sampai ke destinasi yang dikehendaki dengan cepat. Tidak lagi timbul soal keselamatan bagi mereka ini kerana masing-masing berlumba-lumba untuk menggunakan sistem ini bagi membolehkan mereka sampai ke tujuan yang dirancang tanpa sebarang halangan meskipun ianya membahayakan diri mereka sendiri.

Jikalau dikaji-kaji dan didalami sitem pengangkutan ini sebenarnya, ianya tidaklah terlampau mesra penumpang atau mesra rakyat sebenarnya. Ianya hanyalah sekadar cukup syarat bagi membuktikan bahawa Pemerintah juga mampu membuat apa yang terdapat di Luar Negara. Adakah ini hanya gula-gula yang ditabur untuk mengkaburi ,lantas membodohkan rakyat yang konon-kononnya mereka juga mampu walhal sebenarnya tidak sempurna ?.Kita kupas satu persatu apa yang dikatakan tidak mesra penumpang atau mesra rakyat sebenarnya.

Soal laluan sistem Rapid KL(Star dan Putra LRT) yang mana bermula di Stesen Terminal Gombak dan berakhir di Stesen Kelana Jaya bagi Putra LRT. Ianya adalah satu laluan yang panjang dan mengambil masa hampir satu jam jikalau bermula di Terminal Gombak dan Berakhir di Stesen Kelana Jaya. Disepanjang laluan ini umum mengetahui ianya adalah kawasan-kawasan yang terletak didalam pola penduduk yang tinggi sekali ataupun kawasan-kawasan perumahan yang padat. Namun masalahnya adalah Stesen ini terletak agak jauh dari Kawasan perumahan dan mengalami kesukaran bagi penumpang yang menggunakannya kerana sistem bas(suttle) yang disediakan tidak terlampau kerap dan melalui setiap kawasan-kawasan perumahan itu. Ianya hanya melalui jalan-jalan besar sahaja. Ini amat menyukarkan pengguna jikalau ingin menggunakan khidmat Rapid KL ini, kerana mereka terpaksa menapak jauh ke jalan besar bagi mengambil Bas ini yang seterusnya membawa mereka ke Stesen-stesen yang berhampiran(hakikatnya tidak hampir) dengan kawasan perumahan mereka. Kita tidak mengharapkan Bas-bas ini berhenti atau lalu betul-betul dihadapan rumah mereka, cukuplah sekadar di kepala-kepala simpang yang menjadi laluan masuk kekawasan perumahan mereka, Jadi mereka tidaklah perlu menapak sehingga hampir 2km hanya untuk mendapatkan perkhidmatan bas ini bagi membolehkan mereka menggunakan khidmat Rapid KL. Sekurang-kurangnya mereka sudah boleh menjimatkan masa perjalanan hampir 50% dengan berjalan kaki, bayangkan bagaimana ketika musim hujan dan mereka terpaksa menapak sehingga 2km dan mengharungi segala lopak air bagi mendapatkan perkhidmatan bas ini. Walhal pihak perbandaran telah menyediakan kemudahan perhentian bas(bus stop/stand) di kepala-kepala simpang perumahan mereka.

Soal seterusnya adalah soal tambang yang dikenakan bagi setiap penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini. jikalau dilihat, harga tambang yang dikenakan adalah tinggi sebenarnya meskipun ada sesetengah pihak berpendapat ianya munasabah dan berpatutan. Bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini seharian untuk ke pejabat(pengguna tetap), tentu akan merasa akan keperitan untuk membayar harga perkhidmatan ini, Itu belum ditambah akan kenaikan harga tambang dari semasa ke semasa atas alasan kenaikkan bahan bakar atau penaiktarafan perkhidmatan. Mungkin ada yang bercakap, mereka juga memberi perkhidmatan Pas Bulanan, namun tahukah anda berapa harganya pas bulanan tersebut, dari RM 60 sebulan telah naik kepada hampir RM100 sebulan. Ia adalah satu kenaikkan yang mendadak dan membebankan bagi mereka di kelas menengah dan bawahan. Dan pas bulanan ini tidak boleh digunakan disetiap perkhidmatan pengangkutan awam di KL ini, jikalau pas itu hanya untuk Rapid KL, Ianya hanya boleh digunakan untuk Rapid KL sahaja, tidak boleh digunakan untuk KL Monorel atau KTM Komuter. Bayangkan kalau seseorang itu terpaksa menukar dua-tiga kali laluan dan menggunakan perkhidmatan yang berbeza-beza setiap hari untuk ketempat kerja mereka. Berapa puluh ringgit lagikah yang mesti dibelanjakan saban bulan ?.

Yang seterusnya adalah soal masa dan kelajuan. Bagi saya sistem pengangkutan awam di Malaysia ini masih belum dapat mencapai taraf sistem penangkutan di negara-negara maju dan membangun lain. Sistem pengangkutan di Tanah Air kita amat tidak efisien sekali dan kadang-kala ianya membebankan bagi pengguna tetap. Bayangkan kekerapan sistem pengakutan ini yang mengambil masa hampir 5-10 minit untuk tiba disesuatu destinasi itu. Dalam masa ini, penambahan pengguna akan meningkat sekali atau dua kali ganda. ditambah pula koc yang pendek. Adakah cukup untuk menampung kebanjiran penumpang yang tidak putus-putus tiba ?.Belum ditambah lagi jikalau sistem ini mengalami masalah atas alasan teknikal.

Keselesaan adalah juga perkara utama yang perlu dititik-beratkan, terutama soal alat penghawa dingin didalam setiap koc tersebut. Bayangkan tren yang beresak-esak dengan penumbang yang bermacam ragam dan kerenah serta bau-bauan terpaksa mengharungi suhu yang panas dan tidak selesa sehinggakan ada penumpang yang pengsan atas situasi ini. Soal keselesaan amatlah tidak sesuai dengan apa yang pengguna bayar sebenarnya. Seharusnya pengguna mendapat lebih dari apa yang mereka dapat sekarang ni berdasarkan nilai yang perlu mereka bayar.

Pihak yang berkaitan terutama pihak pemerintah haruslah menkaji dan mencari titk pennyelesaian perkara ini. Contohilah sistem pengangkutan di negara-negara jiran kita yang lebih efisien dan teratur. Baik dari segi laluannya, tambangnya, kecepatannya dan juga keselesaannya. Mereka tidak perlu hendak mengwar-warkan kepada dunia yang mereka adalah yang pertama dalam setiap aspek. Mereka tidak perlukan publisiti murahan seperti ini. Yang mereka pentingkan dan utamakan adalah soal kebajikan dan keselesaan rakyat dan yang paling penting rakyat dapat apa yang setimpal dengan apa yang mereka bayar. Mereka hanya selaraskan sahaja sistem pengangkutan ini dan tidak mengkomersialkannya kerana ini adalah kepentingan rakyat, baik dari segi tambang, keselesaan dan perjalanan.

Apakah belum cukup publisiti-publisiti yang mengatakan pemimpin itu, pemimpin ini turun padang dan kesannya masih ditakuk lama ?.Apakah perkara utama yang menjadi tinjauan mereka dari masalah dan keselesaan rakyat ?. Apakah belum cukup pemimpin itu dan pemimpin ini bising soal pengangkutan awam semenjak dari pemimpin terdahulu dan pemimpin sekarang ?.Apa yang paling utama disini adalah soal kebajikan rakyat dan satu sahaja caranya, jangan memperdagangkan atau mengkomersialkan soal yang berkaitan dan penting untuk rakyat. Ini kerana rakyat berhak mendapatkan hak mereka sebagai pembayar cukai. Utamakan rakyat dari agenda-agenda peribadi yang mendatangkan keuntungan kepada segelintir pihak.

Sunday, May 24, 2009

Tambak Johor Kekal Atau Kebebalan Kekal


Akhirnya tanggal 22 Mei yang lalu, Kerajaan Singapura bertegas dengan keputusan untuk tidak akan merobohkan Tambak Johor bagi memberi laluan kepada pembinaan Jambatan Bengkok. Diantara alasan Kerajaan Singapura adalah, Perobohan dan pembinaan semula akan menelan belanja yang besar. Logik juga apa yang diutarakan oleh Kerajaan Singapura itu, kerana Kos yang perlu ditanggung adalah Kos merobohkan Tambak Johor, Kos Membersih sisa robohan itu dan akhir sekali Kos membina Jambatan Bengkok tersebut.


Dan seperti lazimnya, Kerajaan Malaysia dibawah teraju BN mengalah dan mencadangkan untuk membina Jambatan baru atau Jambatan ketiga diantara Timur Johor dan Singapura. Kerajaan Malaysia juga memaklumkan bahawa Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor itu tidak akan lagi dibincangkan kerana Kerajaan Singapura tetap bertegas tidak mahu merobohkan Tambak Itu. Dan Kerajaan Malaysia akan menimbangkan pula cadangan Kerajaan Singapura yang diantaranya melebarkan Tambak Johor dan penaiktarafkan Rel Keretapi.


Jikalau disorot kembali kemelut ini, Jambatan Bengkok dicadangkan oleh Mantan PM, Mahathir Mohamad sebelum beliau pencen dan projek ini akhirnya ditangguh oleh Pengganti beliau, Abdullah Badawi atas alasan Ekonomi dan Negara kekurangan dana. Atas sebab inilah Mahathir mula meroyan dan mencetuskan konflik antara Mahathir dan Pak Lah sehingga melarat bertahun-tahun lamanya. Tidaklah diketahui apa yang tersirat sehingga membuatkan Mahathir begitu menyinga dengan langkah Pak Lah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok ini.


Ketika itu, juak-juak yang menyokong Mahathir didalam Gerombolan menggunakan alasan, memudahkan laluan Kapal Dagang dari Selat Melaka ke Laut China Selatan dan akhirnya menguntungkan Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana tidak perlu melalui Selatan Singapura dan menggunakan Pelabuhan Singapura. Alasan inilah yang digunakan oleh juak-juak Mahathir didalam Gerombolan untuk menyerang Pak Lah ketika itu., Alasan-alasan ini kemudiannya menjadi bual mulut rakyat marhain dan akhirnya mereka menyokong tindakan Mahathir untuk membina Jambatan Bengkok.


Sekarang mari kita lihat Selat Tebrau, Luas Selat Tebrau ni hampir 1.5km(Malaysia dan Singapura) dan Selat Tebrau juga adalah cetek dan tidak sesuai untuk laluan Kapal-kapal dagang. Setakat Kapal Nelayan, InsyaALLAH tiada masalah. Jadi dari situ sahaja sudah jelas akan alasan bahawa Jambatan Bengkok ini dibina bagi memudahkan laluan kapal-kapal dagang ke Laut China Selatan adalah mustahil dan tidak masuk akal. Tetapi jikalau mereka memberi alasan alam sekitar, yakni membolehkan pengaliran air antara Selat Melaka dan Laut China Selatan barulah ianya masuk akal dan logik.


Jadi, apa yang aku lihat, Kemeroyanan Mahathir atas sebab Pak Lah membatalkan Pembinaan Jambatan ini adalah sebab-sebab peribadi yang lain, bukannya atas sebab memudahkan laluan kapal dagang. Jangan dilupa juga soal paip air menjadi isu sensitif, yang mana Paip Air itu tidak boleh diubah, diusik dan diapa-apakan selagi ada bulan dan bintang, itulah metaforanya perjanjian yang telah dibuat dahulu oleh Singapura dengan Kerajaan Negeri Johor. Jadi, isu paip air adalah benda yang perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak dan ianya amat sensitif untuk Singapura. Jadi bagaimana kedudukan paip air ini kelak andaikata Jambatan Bengkok ini berjaya dibina ?. Hendak tanam didasar lautkah atau hendak dibina diawang-awangan selari dengan paras Jambatan Bengkok.


Jangan dipinggirkan juga soal Rel KTM Sinaran Malam yang beroperasi setiap hari dari KL Sentral ke Tanjong Pagar di Singapura. Bagaimana dengan nasib Rel tersebut kelak andaikata Jambatan Bengkok dibina ?.Adakah akan menerima nasib seperti Paip Air ?, Tidak tahu status dimana lokasi ianya berada ?. Didasar lautkah atau diawang-awangankah ?.Andaikata ianya dibina selari dengan paras Jambatan Bengkok itu, adakah Keretapi tersebut terpaksa melakukan "koner baring" ataupun "driff" apabila melalui selekoh yang dibengkokkan di Jambatan itu dengan alasan bagi memudahkan kapal dagang lalu dibawahnya.


Jadi, itu diantara perkara-perkara penting yang perlu diambil kira juga jikalau Kerajaan Malaysia berhasrat untuk meneruskan projek Mahathir ini. Untuk pengetahuan, kos membina Jambatan Bengkok ini adalah yang termahal sekali didunia, iaitu RM 1.1 Billion, tidak lah dapat saya gambarkan berapa banyak angka sifarnya. Sepatutnya Mahathir bersyukur dan bersetuju dengan langkah pembatalan Jambatan ini kerana ianya dapat menjimatkan duit rakyat, tetapi ini tidak, terbalik pula jadinya. Adakah Mahathir mempunyai maksud sesuatu disebalik pembinaan Jambatan Bengkok ini ?. Akhir kata Kronisme dan Nepotisme tak dapat dipisahkan dengan Gerombolan dan Siapakah mangsa royanan Mahathir seterusnya andai Jambatan ini tidak dapat dibina.? Jadi Tambak Johor Kekal atau Kebebalan Gerombolan yang Kekal....
p/s-Jangan dilupa juga Jambatan Link Kedua yang telah siap berkurun lamanya menghubungkan Tanjung Kupang dan Tuas Checkpoint yang parasnya sama dengan Tambak Johor.

Saturday, May 23, 2009

Penanti 23 Mei- Selamat, Aman dan Makmur

Hari ini Sabtu, 23 Mei 2009. Apa yang istimewanya hari ini ?. Jikalau ada yang mengikuti perkembangan Politik Tanah Air, sudah tentu mengetahui hari ini adalah Hari Penamaan Calon di Dun Penanti. Itupun, hari ini, hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya. Kenapa perkara ini terjadi ?. Walhal kalau direnung-renung, seorang peminat politik yang tegar tentu tidak akan lupa akan tarikh-tarikh tertentu dalam arena politik Tanah Air termasuk jugalah Aku, namun hari ini janggal sekali, aku seakan-akan terlupa akan tarikh 23 Mei adalah Hari Penamaan Calon di Dun Penanti. Sehinggalah sore baru aku teringat dan merenung kebingunggan bahawa hari ini adalah harinya, kenapa aku tidak ingat, Kenapa ?.

Pagi 23 Mei ini, Seperti biasa, kudapan pagi aku adalah menjengah ke serata laman-laman Blog yang aku kenali dan minati, serta aku menjengah ke laman sosial yang aku sertai termasuk juga Forum-forum terhangat yang selalu aku menghantar ulasan, namun semuanya hambar. Tiada langsung yang bercerita soal Penanti ini. Sehinggalah ke dinihari, barulah ada sedikit topik-topik yang bercerita tentang Penanti ini, itupun hambar, kurang jelas penceritaannya, kurang jelas beritanya, kurang jelas juga situasinya, Kenapa ?.

Akhirnya, petang 23 Mei barulah aku dapat membuat rumusan setelah menelaah keserata laman-laman yang Aku sebutkan di atas tadi. Segala pemasalahan ini terjawab hanya dengan satu jawapan, iaitu tiada publisiti dari pihak yang sepatutnya menyiarkan publisiti(Media Perdana),meskipun ianya ada, tidaklah semenggah seperti PRK-PRK sebelum ini, hanya sebagai syarat wajib siar ataupun cukup syarat sahaja. Kenapa ?.

Jawapan yang dapat aku simpulkan ialah, kerana Gerombolan tidak bertanding, kerana tidak ada Pak-pak Menteri mencemar duli ke sana, tidak ada peristiwa-peristiwa yang mencuit hati berlaku disana. Jadi tiada Gerombolan bertanding maka tiadalah liputan khas seperti mana 2 Bukit dan 1 Batang tempoh hari, dimana Media-media perdana sudah menjadi Media Gerombolan dan sepanjang tempoh berkempen itu jugalah, Rancangan-rancangan di TV telah menjadi Rancangan Politik hampir keseluruhannya.

23 Mei juga menjadikan PRK kali ini adalah PRK yang paling kurang mendapat liputan, paling kurang kontroversi, paling kurang segala-galanya. Kenapa ?. Adakah sebab Gerombolan tidak berjuang ?, atau sebab Ekonomi, atau sebab Kemajuan Untuk Rakyat ?. Dan menjadikan PRK paling Selamat, Aman dan Makmur untuk Pak Polisi bertugas kali ini, Pak Polisi boleh tersenyum lebar dan melafazkan kelegaan kerana tiada tangan-tangan ghaib atau Dato' itu, Dato' ini yang melafazkan perintah untuk melakukan provokasi atas nama Arahan.

TV 3 yang menjadi Media Rasmi untuk propaganda Gerombolan juga menyiarkan hal Penanti ni di minit yang ke-18, Tajuk Utama pun tidak berbunyi berkenaan Penanti ini, yang disiarkan adalah berkenaan 1 Malaysia, Perompak, Peragut dan Mat Rempit. Walhal kalau dijadikan kajian atau imbasan sejarah, Cerita-cerita PRK akan menjadi Tajuk Utama, dimana tajuk itu telah diolah supaya lebih kontroversi dan membuatkan ianya menampakkan kesalahan satu pihak sahaja, tidak kiralah peristiwa OKU Salah masuk lorong ke, botol-botol jenama Dacing tiba-tiba bergentayangan ke, Orang Parti Lawan naik motor tidak pakai helmet ke, semuanya akan diolah supaya menampakkan ianya kesalahan dan keburukkan satu pihak sahaja. Tetapi aneh sekali, 23 Mei tidak ada kedengaran berita-berita ini, Kenapa ?.

Jadi, natijahnya untuk kita semua Rakyat yang berada di Tanah Air tercinta ini, bukalah minda, tajamkanlah fikiran, luaskanlah permandangan dan berfikir dengan rasional bahawa siapakah sebenarnya yang telah menjadikan negara ini waima Media sekalipun milik mereka bukannya milik Rakyat. Siapakah yang telah memperbadankan Negara ini atas nama Parti ?.Siapakah juga yang telah menjadikan Pihak Keselamatan negara yang sepatutnya badan bebas dari politik(bawah YDP-Agong) menjadi alat atau ejen Parti mereka ?.Tentu semua tahu apa jawapannya bukan, hanya satu jawapan sahaja, tiada dua, tiada tiga mahupun empat. Jadi seruan saya, Berubahlah bagi mereka yang belum berubah, agar Tanah Air kita ini akan menjadi milik kita bersama, bukannya lagi milik Mereka dan Kroni serta Anak- beranak mereka. Ayuh, Masa Untuk Perubahan, Ke Arah Malaysia Baru.

Manik Urai Akan Menemui UMNO Jualah Nanti

Akhirnya BN membuat keputusan untuk bertanding di DUN Manik Urai, Kelantan. Pucuk Pimpinan BN akhirnya mengutarakan tanpa perlu ditolak ke-kiri dan ke-kanan atau bahasa Mahathirismnya "flip-flop" untuk bertanding kali ini kerana alasan untuk bertanding adalah, PRK ini disebabkan oleh kematian, bukannya permainan politik pembangkang. Jikalau diimbas kembali tajuk akhbar semalam, Ahmad Maslan merangkap Ketua Penerangan Gerombolan Malaysia berkata bahawa UMNO/BN tidak akan bertanding, jika sesuatu PRK itu dibuat bukan atas alasan Mahkamah atau Kematian.

Ini adalah petanda baik yang mana memaklumkan bahawa Keris UMNO sudah sedia dihunus di Manik Urai. Seperti Pilihanraya sebelumnya, Keris akan bertempur dengan Bulan dan mungkin ada sekelumit calon-calon bebas yang dirasakan untuk memecahkan undi atas tajaan pihak-pihak tertentu. Tidaklah kita ketahui bila tarikh keramatnya, kerana Speaker DUN akan memaklumkan kepada SPR hari ini, dan SPR mestilah bermesyuwarah terlebih dahulu untuk menetapkan tarikhnya, boleh jadi bulan Jun jugalah jikalau diramal dan difalak-falak.

Manik Urai adalah kerusi yang dipegang oleh PAS sejak tahun 1986, jikalau kita membaca sejarah pilihanraya di Kelantan/Malaysia. Penyandang Kerusi DUN Manik Urai adalah Adun yang paling lama sekali berkhidmat sebagai Adun di Kelantan, Tok Guru pun tidak selama ALLAHyarham. Jadi adalah eloknya jikalau Pucuk pimpinan Gerombolan sekali lagi bermesyuwarah, memikirkan kembali untuk bertempur di DUN Manik Urai ini. Kerana sejak tahun 1986 lagi ianya telah menjadi kubu PAS dan ada kemungkinan akan dipegang oleh PAS sekali lagi, InsyaALLAH Taala.

Kita khuatir UMNO akan kalah lagi kali ini dan akan menaikkan mata dari 4-1 kepada 5-1+1. Belum pernah lagi dalam sejarah Malaysia Moden, UMNO tewas sehingga 4-1 dalam PRK yang dibuat dalam 1 tahun. Ini amatlah memalukan dan menunjukkan petanda bahawa UMNO sudah ke hujung nyawa dan bersedia dimuziumkan. Bersedialah kerana Najib Razak adalah pelengkap kepada teori RAHMAN dan selepas N tiada lagi Perdana Menteri dari UMNO.

Berbalik kepada Manik Urai, adalah wajar jikalau UMNO menggunakan alasan Ekonomi dan Tumpuan Pembangunan kepada Rakyat di PRK Dun Manik Urai ini, bukannya di Dun Penanti yang pernah menjadi kubu UMNO dahulu. Ini kerana jikalau dikaji-kaji, sejak 1986 Dun Manik Urai tidak pernah jatuh ke tangan UMNO dan adalah wajar jikalau kajian ini digunakan oleh UMNO untuk mengisytiharkan tidak akan bertanding dan menggunakan alasan Ekonomi dan Pembangunan Rakyat didalam Media-media perdana bagi menipu dan mengkaburi rakyat kenapa UMNO tidak bertanding.

Natijahnya, UMNO harus memikirkan 2,3 kali jikalau ingin bertanding di Kubu PAS dan tidak perlu memikir 10 kali jikalau ingin bertanding di Penanti yang pernah menjadi Kubu UMNO. Melainkanlah UMNO Glokal kali ini tidak lagi menggunakan Keris yang menjadi lambang kegagahan Orang Melayu dan hanya menggunakan Kapal Selam dan Scorpene untuk menunjukkan mereka adalah Bangsa Angkasa atau Glokal. Sebelum berundur, hakikatnya UMNO (Baru) kali ini adalah Parti yang tidak boleh kita harapkan lagi. UMNO Sudah Perlu Dimuziumkan di Muzium UMNO Melaka.

Friday, May 22, 2009

Zambry Kekal MB Perak Kudeta

  • Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.
  • Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.
  • Gembira dengan keputusan tersebut, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba." Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
-----------------------------------------------------------------------

Dalam isu ini Rakyat sudah boleh menilai siapa yang memperjuangkan untuk Proletar dan siapa yang memperjuangkan untuk poket dan kroni. Dato' Seri Nizar ketika diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah minggu lalu serta merta berkata, beliau akan segera mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak untuk mohon membubarkan DUN Perak atas alasan segala kemelut Perak pada hari ini dan sebelumnya sehingga mencetuskan Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang hendaklah diserahkan kepada Rakyat untuk menentukannya. Pendek kata Pilihanraya semula di Perak. Beliau tidak kisah berkenaan kedudukan,jawatan mahupun Camry beliau. Yang beliau gusar dan khuatir adalah kepentingan dan hak Rakyat perlu dimartabatkan dan dikembalikan.

Tetapi berbeza apabila Zambry telah diisytiharkan semua sebagai MB Perak setelah mahkamah Rayuan menerima Rayuan beliau, dimana beliau mengulas dan berkata yang beliau akan teruskan khidmat beliau sebagai MB Perak. Beliau akan teruskan segala dasar dan perancangan yang telah dicadangkan oleh beliau sebelum ini.

Melihat kepada situasi diatas dan dua ulasan dari dua orang yang paling berkuasa di Perak, Kita dapat menilai, siapakah sebenarnya yang mahu berkhidmat untuk Rakyat dan siapakah sebenarnya yang mahu berkhidmat untuk diri sendiri dan termasuk juga kroni.

Akhir kata, Rakyat haruslah membuat perubahan dalam Sistem Politik negara hari ini, Sekarang adalah masa untuk berubah kearah Malaysia baru yang akan menjaga dan merakyatkan Malaysia ini. Hidup Rakya

Mohon Dato' Seri Zambry Abdul Kadir mengadap Tuanku mohon perkenan membubarkan DUN Perak jikalau beliau benar-benar mahu memerintah atas Slogan Mohon Restu Rakyat. Nasihat aku kepada BN, Kalau BN Yakin Rakyat akan menyokong BN sekarang ini, apa lagi, terus berjuanglah, hunuskan keris UMNO itu, jangan 'flip-flop" lagi.

Satu Lagi PRK Dalam Tahun 2009

  • Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan.
  • Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.
  • Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.Al Fatihah..... Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
--------------------------------------------------------

Innalillahiwainnailaihirojiun...Satu lagi PRK akan menanti, macam mana ?. Adakah Gerombolan akan berani berjuang lagi kali ini ?. Adakah Keris UMNO sudah berani dihunuskankan kerana ikut Ketua Penerangan UMNO, Gerombolan akan boikot PRK jikalau ianya bukan atas sebab kematian dan perintah mahkamah. Nah sekarang ditunjukkan bukan sebab letak jawatan, tapi sebab kematian. Adakah Gerombolan akan berani berjuang lagi kali ini di negeri yang 3 penggal dipegang oleh PAS.

Risiko Keselamatan Utama Di Nusajaya


Major security risk at Nusajaya
By NELSON BENJAMIN and MEERA VIJAYAN
JOHOR BARU: Kota Iskandar, the sprawling new state administrative capital in Nusajaya, faces a major security risk as it is located near a Singapore firing range.
The range, inside the Sarimbun Camp, is operated by the Singapore Armed Forces and involves the use of live ammunition from tanks and aircraft including helicopter gunships.
Sarimbun is located about 1km away from Lim Chu Kang Road in Singapore where Japanese soldiers crossed the Johor Straits in a fleet of small boats and successfully landed on the island around midnight on Feb 8, 1942.


There have been instances when the explosions at the range have caused vibrations on the Malaysian side less than 2km away.
Too close for comfort: An aerial view of Nusajaya showing the close proximity of Kota Iskandar(foreground ) to the Sarimbun firing range,marked X.
Government servants, who have been moving into buildings at Kota Iskandar in recent weeks, have also expressed worries about stray bullets or shells.


Nusajaya assemblyman Datuk Aziz Sapian said he was aware of the risks posed by the firing range and had raised the security issue at the Johor State Assembly even before the area was developed.He hoped the Government would discuss the matter with Singapore and set up a military base on Pulau Merabong to beef up security around Kota Iskandar.


“The situation has gotten worse as over the past two days, the Singapore planes have been flying too low, and this is a nuisance to the people,” he said, adding that he had received many complaints from residents.A check at the site showed an area surrounded by perimeter fencing with a guard post overlooking the Straits of Johor. There is also a large board with a picture of a skull at the site.It is learnt that sirens go off to warn boats to stay away when they venture too close to the camp.A security source said it was not a good idea to have state leaders all in one spot next to a military camp or firing range.A diplomatic source said there have been no formal discussions between Malaysia and Singapore to relocate the firing range but it might be discussed in future.


“We must realise that the camp was there even before Nusajaya was developed,” he said, adding that it would not be easy to persuade Singapore to relocate the firing range.


---------------------------------------------


Biasalah Pemerintah Malaysia, bina dahulu, baru fikir kemudian segala pemasalahannya, lepas dah kenal pasti masalah runtuh dan bina lagi, Duit Rakyat banyak lagi yang tak digunakan. Itulah Malaysia Tanah Air Ku.

Thursday, May 21, 2009

Kos Menunaikan Fardu Haji Akan Naik Lagi 11%

Akhirnya sedikit demi sedikit Sistem Pemodal telah merebak kedalam Tanah Air yang kita tercinta ini. Umum mengetahui bahawa kita adalah pengamal Ekonomi Campuran(aku diajar benda ini ketika di Sekolah dahulu) iaitu dimana Kerajaan dan Swasta bersama menentukan sesuatu harga yang perlu dibayar oleh Rakyat jikalau ingin menggunakannya. Bahasa mudah, Pemerintah mengawal harga. Tetapi sayang dan malangnya, Sistem ekonomi kita telah sedikit demi sedikit berubah kearah Kapitalis dan sayangnya jikalau ini tidak dibendung maka Rakyat akan susah daripada hari ini.

Berbalik kepada Sistem Pemodal yang telah dikesan sedikit demi sedikit menguasai Ekonomi kita dimana dalam bidang Agama pun Sistem ini telah merebak Lihat sahajalah dalam tuntutan untuk menunaikan Fardu Haji(tajuk ini fokus kepada Haji) Rakyat terpaksa membayar dengan bayaran yang tinggi untuk mereka menunaikan tuntutan Rukun Islam ke-5 ini. Perkara ini boleh dilihat dalam ulasan Pak Menteri yang menjaga Agama dimana beliau memaklumkan yang Kos Menunaikan Fardu Haji akan naik 11% bermula tahun ini(2009). Kenaikkan ini sudah tentu membebankan Rakyat Marhain kerana hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dan sekarang terpaksa pula membayar harga yang tinggi untuk mereka menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam.

Seingat aku, 10 tahun dahulu harga untuk menunaikan Fardu Haji adalah sekitar RM5000 sahaja dan sekarang 10 tahun sudah berlalu harga itu akan meningkat RM10,000, sekali ganda ianya meningkat. Kenapa hal ini boleh terjadi dalam urusan agama sendiri ?. Tidak lain dan tidak bukan ini adalah kerana mereka yang menguasai Syarikat Menguruskan Ibadat ini meletakkan kepentingan atau keuntungan dari perkara-perkara lain. Dr Asri Zainal Abdin telah berulang kali mengutarakan "Jangan Berjual-Beli Atas Nama Agama", tetapi sayang pandangan beliau itu telah diketepikan dan ditongsampahkan oleh segelintir golongan yang memikirkan tentang keuntungan semata, meskipun ianya atas nama Agama.

Janganlah kita menjadi seperti Agama-agama lain didunia ini dimana hal-hal berkaitan urusan keagamaan dikenakan harga dan syarat jikalau ingin melaksanakannya. Walhal benda berkaitan agama adalah benda yang mulia yang memerlukan Keikhlasan dan Kejujuran. Sekarang ini kita melihat, Agama Islam telah mula sedikit demi sedikit dikuasai oleh Sistem Pemodal. Tidak tahu dimanakah silapnya. Tak mungkin silap Agama kerana Islam telah dijanjikan oleh Allah adalah sebenar-benar agama dan sebaik-baik agama tanpa cacat-celanya. Jadi tentulah kesilapan ini berpunca dari mereka yang menguruskan atas nama agama, sehingga menjadikan agama adalah alat perniagaan.

Jika dilihat dalam konteks ini, kenapa Kos Menunaikan Fardu Haji akan meningkat, mereka memberi alasan diantaranya. perkhidmatan-perkhidmatan dinaik taraf. Baik dari segi pengangkutan dan juga penginapan. Tidak salah untuk mereka yang diamanahkan untuk menguruskan Ibadat ini menaiktarafkan kemudahan-kemudahan yang diutarakan, tetapi kenapa Rakyat yang harus menanggungnya ?. kenapa tidak syarikat tersebut atau pemerintah yang dipertanggungjawab untuk menanggungnya ?. Kenapa mesti rakyat yang menanggung segala cadangan dan dasar yang mereka lakukan ?. Kenapa ?.Kerana ini adalah sebahagian dari Sistem Kaum Pemodal, dimana Pemodal melakukan sesuatu atas nama penambah-baikan dan kosnya akan ditanggung oleh rakyat. Itu adalah corak Kaum Pemodal ini. Mereka tidakkan akan menanggung kerugian waima sekelumit pun, yang akan menanggungnya adalah rakyat. Meskipun kita nampak pelaburan yang mereka dahulukan dengan wang mereka itu berjuta-juta ringgit, namun yang kita tidak nampak adalah pulangan atau keuntungan yang mereka dapat dengan mengutip dari rakyat sedikit demi sedikit.

Bahasa mudahnya, TH membuat bangunan dengan wang TH berjumlah RM100Juta, dan diakhirnya TH akan menaikkan segala tambang-mambang, kos-mengekos bagi menampung balik apa yang telah mereka belanjakan itu. Pendek kata, Rakyat juga yang akan menanggung segala apa yang mereka buat itu, bukannya mereka, meskipun diawalan nampak seperti mereka yang menanggungnya. Itulah corak Kaum Pemodal, Kos Sedikit, Untung Berganda. Penyelesaian kepada segala pemasalahan ini adalah senang. Merakyatkan segala yang ada kaitan untuk kepentingan Rakyat. Itu sahaja. Menunaikan Fardu Haji adalah tanggungjawab setiap Islam. Jadi kenapa tidak sahaja segala kos dan bermacam-macam lagi itu ditanggung oleh Pemerintah yang telah mengutip hasil rakyat saban bulan dan saban tahun. Ringkas bukan. Bukannya kita memerlukan subsidi, tetapi itu adalah hak, apa yang kita beri kepada Pemerintah, kita mendapat hasilnya balik. Bukan apa yang kita beri itu diberikan kepada orang lain.

Apabila urusan untuk menunaikan Fardu Haji telah dikapitaliskan, maka kosnya akan meningkat, segala-galanya akan meningkat, segala-galanya akan ditanggung oleh pengguna/rakyat. Katakan kos sebenar untuk menunaikan Fardu Haji adalah RM5000, tetapi rakyat terpaksa membayar RM10,000 kerana apa. Kerana RM5,000 lagi itu akan digunakan untuk menanggung segala benda yang mereka lakukan atas nama penambah-baikkan atau penaik-tarafan dan sampaikan Gaji mereka pun ditanggung oleh pengguna. Tidakkah ini namanya Kapitalisme. Andai kata TH Dirakyatkan, rakyat hanya perlu membayar RM5,000 sahaja. Tidak lebih tidak kurang kerana apa yang rakyat beri, itulah yang rakyat dapat. Itulah sistem ekonomi yang berlandaskan menang-menang(win win situation).

Mungkin ada yang akan berkata, Fardu Haji itu bagi yang mampu sahaja. Ya memang benar, bagi yang mampu, tetapi mampu bagaimana ?.Bukannya yang mampu itu bermaksud dia boleh bayar RM10,000 tu sekaligus. Yang mampu itu berdefinasikan jika ia mampu membeli segala-galanya, baik keperluan dan kehendak. Jika kita mampu menabung untuk membeli telefon bimbit, takkan kita tak mampu untuk simpan duit pergi haji. Itu maksudnya. Lainlah jikalau kita benar-benar fakir. Menunaikan Fardu Haji adalah Wajib atau Fardu bagi setiap Islam kerana ianya adalah rukun atau pelengkap yang menunjukkan ianya adalah Islam.

Kita berharap kali ini, cukuplah segala apa yang ada diatas bumi Malaysia ini telah dan hampir diKapitaliskan.cukuplah, Rakyat semakin tertindas dan tersepit. Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana. Cukuplah dengan polisi-polisi atau dasar yang telah ada sekarang. Rakyat hanya mahu negara ini diRakyatkan, bukan diIndividukan seperti hari ini. Rakyat sudah tidak mampu menanggung lagi beban yang mana itu adalah hak mereka. Bersamalah kita Berubah keArah Malaysia Baru, Dimana Negara Ini Akan Dirakyatkan, sekarang adalah masa untuk Perubahan.

Angels & Demons Dari Persepsi Islam


  • Hari minggu yang lepas. Aku berpeluang untuk menonton Filem Angels & Demons. Filem ini berkisar tentang krisis atau pertembungan diantara Golongan Sains dan Golongan Agama atau bahasa ringkasnya Saintis VS Agamawan. Filem ini amat menarik disamping ianya mempunyai unsur-unsur sejarah yang telah menjadi minat aku dan Filem ini juga membuatkan aku terfikir inilah akibatnya jikalau Golongan Agamawan terlampau jumud dan meletakkan kepentingan peribadi mengatasi yang lain.
  • Kenapa aku berkata begini, Jika diimbas kembali sejarah Eropah sewaktu Zaman Kegelapan dahulu sebelum Abad ke-16, Apakah yang menjadikan Eropah menjadi begitu mundur dan gersang sekali didalam setiap aspek ?. Diantara salah satunya adalah penyalahguna kuasa Golongan Agamawan atau Golongan Gereja didalam pentadbiran Negara-negara di Eropah itu. Umum mengetahu bahawa corak pemerintahan pada Zaman Kegelapan atau Pada Zaman sebelumnya Revolusi Perancis dll adalah Sistem Pemerintahan bercorak Feudal. Iaitu dimana hierakinya adalah, Raja terletak di kedudukan teratas sekali, kemudian Gereja, Pembesar, Tentera, Rakyat dan terakhir sekali adalah hamba abdi. Dan sistem hieraki ini juga diguna pakai dalam Sistem Feudal di Nusantara.
  • Punca kenapa Eropah mengalami Zaman Kegelapan 300-1550M adalah Golongan-golongan yang terletak diatas Hieraki tadi menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan kepada mereka. Kita fokus untuk hieraki kedua, iaitu Golongan Agamawan/Golongan Gereja. Kita mengetahui bahawa didalam setiap ketamadunan dan kerajaan-kerajaan silam yang memerintah di dunia ini akan mendengar nasihat/pandangan dan panduan dari Golongan Agama sebelum membuat sesuatu keputusan dan dasar. Jadi diatas peluang ini dan kuasa ini, Golongan Gereja tadi mengambil kesempatan atas nama Agama. Dimana mereka sewenang-wenangnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menguntungkan mereka/individu atas nama Agama.
  • Sebagai contoh, Golongan Gereja menekan setekan-tekannya Golongan Petani, dimana mereka terpaksa membayar cukai tanah yang tinggi kepada Gereja bukan kepada Pemerintah. Golongan Gereja menggunakan nama Agama untuk memaksa Petani-petani ini membayar cukai kepada mereka dan kita mengetahui jkalau untuk Gereja tujuan apa lagi yang boleh dilakukan dengan wang pembayar cukai itu jikalau bukan untuk tujuan Agama sahaja. Dan mengikut kata Petrarch pada tahun 1330-an, "di tengah-tengah kesilapan-kesilapan, terserlah tokoh-tokoh genius yang tidak kurang tajam dengan mata mereka, walaupun mereka diselubungi oleh kegelapan dan kemuraman yang teruk". Kerana kata-kata inilah akhirnya Golongan Gereja terpaksa menulis sesuatu bagai melawan kata-kata Petrarch dan akhirnya memetaforakan tulisan-tulisan Golongan Gereja tadi sebagai "Cahaya Lawan Kegelapan" atau boleh ditafsirkan sebagai "Baik Lawan Jahat".
  • Aku akan menghuraikan dari persepsi Islam dan tidak akan menghuraikan dalam persepsi Kristian. Dimana jika mengikut kepada Sejarah Angel & Demon atau Cahaya vs Kegelapan diatas dapatlah kita huraikan, ketamadunan akan bertambah kuno dan pinggir jikalau Golongan Agama masih mengekalkan kejumudan mereka. Ini yang terjadi terhadap Tamadun-tamudun Agung Islam yang lain, dimana Ulama-ulama sesuka-hati menafsir dan memfatwa sesuatu itu berdasarkan nafsu dan kepentingan mereka. Kita lihat bagaimana Kaum Muda menentang Kaum Tua sewaktu awal tahun 1900 dahulu. Kita lihat bagaimana Golongan Tajdid melawan Golongan Ortodoks dan kita lihat bagaimana Asri Zainal Abidin melawan Ulama Tua dan Konservatif. Semua itu sudah terpahat dalam Sejarah tanah air kita, cuma kesannya tidaklah seteruk Zaman Kegelapan Eropah sehingga mewujudkan Golongan Illuminati.
  • Jadi hakikatnya Ulama-ulama di Tanah Air haruslah berubah dari berfikir secara konservatif dan ortodoks kepada pemikiran yang lebih terbuka dan liberal asalkan ianya tidak menyalahi hukum. Jikalau ini dapat dihadapi tidak mustahil Islam akan menjadi satu Ketamadunan yang agung seperti dahulu-kala. Jikalau ulama-ulama yang sekarang ini dikuasai oleh Golongan Tua masih berada ditakuk lama dan berfikir secara Konservatif serta Ortodoks, tidak mustahil Gerakan Illuminati akan wujud didalam Masyarakat Islam.
  • Sebagai contoh, Ketika Tentera Turki Uthmaniah sedang bertempur didalam Perang Dunia-1 dan mereka memerlukan bantuan dari Negara Islam yang lain, Ulama-ulama di Negara Islam itu masih lagi berbahas tentang hukum Tentera Turki Uthmaniah memakai seluar pendek dan hasilnya Tentera Turki Uthmaniah itu tewas terus dan kesannya adalah kejatuhan Empayar Islamiyah Turki Uthmaniah. Walhal perkara seluar pendek atau panjang adalah bukan perkara fardu jikalau jihad telah diisytiharkan. Persoalan tentang pakaian itu boleh dibahas apabila masalah ini sudah selesai dan yang paling wajib dan fardu sekarang adalah menghantar bantuan yang diperlukan oleh saudara seugama.
  • Di Malaysia juga begitu, Golongan Tua dan Konservatif sewenang-wenangnya menafsirkan sesuatu hukum itu tanpa merujuk kepada situasi dan persekitaran semasa. Perkara ini amat mendapat tentangan dari Dr Asri Zainal Abidin dan sering kali diutarakan dalam ceramah-ceramah beliau dimana pembaharuan(tajdid) hendaklah dilaksanakan. Dan gesaan beliau ini telah mendapat cemuhan dan kritikan dari Ulama Tua dan Konservatif yang menempelak beliau sebagai muda dan tidak berkelayakan. Sebagai contoh, penggunaan nama ALLAH bagi agama lain. Mengikut pandangan Dr Asri, sepatutnya tidak menjadi kesalahan dan kita umat Islam seharusnya berbangga dan bersyukur kerana penganut agama lain mengambil kepercayaan kita didalam urusan agama mereka dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan mendapat hidayah juga, insyaALLAH. Tetapi malangnya hal ini mendapat tentangan hebat dari Ulama Tua dan Konservatif di Tanah Air kita ini, dimana mereka mengusulkan bahawa ALLAH hanya untuk Islam dan bukannya untuk Agama lain. Walhal, Islam dan Quran itu adalah untuk semua, bukannya dikhususkan untuk Islam sahaja. Dinegara Teluk misalnya masyarakat Krisian disana bertutur dalam Bahasa Al-Quran dan menggunakan nama ALLAH dalam khutbah mereka. Tidak pun ianya menjadi masalah disana.
  • Jadi kesimpulannya, Ulama Tua dan Ortodoks di Tanah Air kita ini haruslah mengrevolusikan minda mereka agar Ketamadunan Islam tidak lagi tertinggal dan Islam dipandang hina dan miskin seperti hari ini. Mereka adalah golongan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan sesuatu tamadun itu, jadi mereka haruslah mengorbankan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan ummah sejagat. Janganlah peristiwa Sains vs Agama, atau Gereja vs Illuminati berulang didalam Sejarah Islam dan akhirnya yang rugi adalah ummah dan ketamadunan Islam itu sendiri.

Wednesday, May 20, 2009

Sejarah Penderhakaan UMNO Terhadap Raja-Raja Part 7















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjogS-CJeTX6k69B2JfPY0-LLxTZ1isNdbW8I2qe95Uxj5aQBClAz1icUYkEJpcG4kHKgMeAm4nFx6bOJ4bvRy2HJ08AamTkVimi-P_Pl-eMk1cM_0ZNVDS4AQnlDB0pInFvW2kzdXWXGg/s1600-h/P1010109.JPG



































Sejarah Penderhakaan UMNO Terhadap Raja-Raja Part 6




















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7zRdKZ0Ka50ZjOtCSu7EJdJ4s_P7Nh6r392DNoWElHAPmhii3nFOSHKj2BDyA6tQsNJTgf8ul_081Cc0nfitm_Mwk-Owo3QtKZwsxmh7Ks-hevHkRPL_FiCI6EMPwq_QeY8TCa_RuBPw/s1600-h/Nasib+Melayu+bukan+kerana+Raja+-UMNO.jpg




















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfHYHccR0KLcMpQpz7RY3Er_oFR3mY4vUwhBFDtC2S4Ypk5-s12ziDCu2nV9WMMzwP_Hp5aEOzQUgN538_qFOKvkj21quRP6CXpOROox7PkNi2dw3Zlu8jAuV5iMWFJD1Rl8I2NUNwv08/s1600-h/Mat+taib+komen.jpg












http://3.bp.blogspot.com/_vKRXrxz66LI/Se_CEltSFI/AAAAAAAAAU8/ARnWaKtXsIE/s1600-h/Komen+Muhyiddin.jpg

Sejarah Penderhakaan UMNO Terhadap Raja-Raja Part 5



















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO7OVBHyjB0enZ33UrXYv8_VaKG74E3uAYBj8KkIT-EPza9GNmHnY4yg7MFVnFw0ipy8HsPMVKLWo4GZ1WIVT2Dc-dg_GSYpCKRcP1ZjPlAmE7vOiSyTrtawGYeEWdKbO_ALgkyJFNg8M/s1600-h/Komen+Najib.jpg



















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgStSHD-PmyyJUsUasK3j3_gkB0ES08py16iRJ4HflHrc3cg84bFmSR3F4BUsy8wQdYaSdPzwc46T3e2nZ0U2XvBoxRlE-oqpHkvG1rtqusuVV-yYJODdjsV8ng8wFVnPTNLlUUv7NtxNU/s1600-h/Istana+Rampas+tanah+-+dedah+1.jpg


















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF3aI4HlCGs9KquvCmQPniqtt50Ka9Dx_jYC4qbNrWcPviong-O_d6eB5qlJ-FviUKTMAKNfhb1NGcUk8JltcuIo5YrOIh5mc52pI7YRclJTo3zSVZVtdPzzbEM9YdBMmXnaeExD4x2Zw/s1600-h/Dedah+Keburukan+Raja+lagi.jpg

Sejarah Penderhakaan UMNO Terhadap Raja-Raja Part 4
















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjks0DKTeHM3xXW38qpPKsODPKNYP1rsLEDwVhTp9HLAv6pKuxAMjriyJTbINzmhBadytS6hanbe0Unpb2-jCz9nZDAYG0EvPh3Gq2bsbbQ-XeKQVdRXxkCEs3RJvVIYxUnXsX_VXIC2ys/s1600-h/Dato+JJ+bagi+30+hari+tempoh.jpg



















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5vJb0Bp72KsoX58whrfcifpz7JotYYLSPIrlMnEUgbfgXmvFjzNdTfjOJA_2IGiNGxMugGbkoRjd-HgDCgJsR_7q4gvUmLEKEvaJ6GKHzYPzS6HjQDZIi0HNG6R8R70tsgXYHRHzq_6o/s1600-h/P1010094.JPG

















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWyhtOrGZSFGXKt6TKEF6-BaEtF_7JSt19jK6Z589BqQ6RJooz1Ah5iM6JfcmTIRyYXbA6pR_UO8Q-Ne2iYEemPkzY2M-02VMeKBm5BP7PtC5FUOc9-dSiOgRdywS51w0ap2RSw4SN26M/s1600-h/P1010089.JPG
















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8saRHkKTHEkVq2wN_TxyL4kz_GwNdoEdnm0e2G62UD4bndiCkCyOPUW4CN3L10U8MjwwAilREBO827N2PnGEUKiviNrfM0SsoRSYznfZt_9xMkiiy_IKJF55nR_RzWVA46fb5U81Ahsw/s1600-h/P1010952.JPG

Sejarah Penderhakaan UMNO Terhadap Raja-Raja Part 3
















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMQYwB_364p69fW5qfhXwYUmtTSXICXpqgRYU2oFKtArJjsKTycSdns2fcj7fp7Et9MMlb2NKPVX5epDkn6FnNAKNnKzzcnCMiAXID5JWfvmZReXaMeakvPdKjLoLVGjb9jjyna8_dPZs/s1600-h/P1010947.JPG















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKGLmxq7RfcwthZNdsc5pS66ON1TJ6l03ld6M6FHYc05Y9SN_dM_s3mV-bX_kuOk6wHtJ7rvMFBcl7Di_sP5-m34Qe_zFgkTXFeNOBJLmdhDAwqoDEaqCC1XwuomhX75nOeWjwza4s_qE/s1600-h/P1010945.JPG















http:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4_UF4QmhRG5omyWryeLpBFopKp578w3dQZOq3DUQSTUQ7DuH73xLFlkipfnBvVsrDPcHMskG8BILWYPaRMWyedJAmQAHaL_dbvt6Gv2i-cbO6qQkSYkZFeDE8ZCK4l6-itnFpkOKk5sM/s1600-h/P1010951.JPG

Sejarah Penderhakaan UMNO Terhadap Raja-Raja Part 2




















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEja-n4MgqxN3OSjC4RUpm30Wd2q9mz4-2kBYvbh91rSzvMCW5jaxHSaUfO4qWDCDnGo3fU6Wcir7uPG7LQJ52zfV4tEM7G1C86jaF-iPibJj-NRhvnKlFKKzjwcF5aAnXsh8TeqqlPYTQM/s1600-h/P1010946.JPG



















:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5uZZiFiP0VcFsY52WlMBg8b8HglHRY-f5wZWZRXOXylQX5BnIhJvu2IsA1z4Oez65Ks6YdXZ7nyvlA6515dDtYTedXPWDPHN-uI4U0NAUOYsZn9DMQEwwAoAuh4371sYHBGjxNWluZPM/s1600-h/P1010961.JPG



















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqFVw_D9M79-DlyTpGUU5aLmKt8Pk8zQu0DnMHaEJ7Q7I4-j8gFUfhuYYKfcQBKCdqhMu8U8ZkmVZJ6VktAYmKkYX3xZcRIWdcMBtNR45bHqJyI2A09w3NB_xQI0Z9ZRE1-P7HFXwhQb8/s1600-h/P1010962.JPG














Sejarah UMNO Menderhaka Kepada Raja-Raja "1"
















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzUtLrs7H-oQ9UdGC12cKfmO4cgfK_ECFAhmPuka63vFmC-MgzKiI47orf4LOFX99n1tna1-InqWFL9Si9hoRHA6zv73-XTD4J4XYcJdLc3B6V9EZbK_y3Q1DLkb2tD01HC9TOBNjdUP0/s1600-h/P1010939.JPG



















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBRFZLnuDRfFezUKLU6KPvO2sGhAgHnHkpCFVFNxCoe9_7F6keuGv6Hlv6-iRlkaSom3DTMdw1yC1kiZaV6bSXJnobyZb4nqEV-Gdy3JqX9hU18-sZDioHrCzAigRgPIXvjhmonYPZP_Q/s1600-h/AKHBAR+LAMA-UMNO+telah+lama+menderhaka.jpg




















https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmgKU7ZYL-B_uEBiH6VZOqFz-yHOLayb3YiDyj6j4jc1dU777jzKDjeIxXvNoBf_ixHcF0C8Wm4RnCnI7PMkYTi0ZBhAOApgRuUox3lU5b1knaZHDj1RijDSODK5LNxGHMJFy4xJZWxRk/s1600-h/SIapa+Sebenarnya+Derhaka+-Kelantan+1.jpg


















Anak Muda Perlukan Ruang, Peluang dan Keyakinan

  • Syabas YB Balik Pulau, Saudara Yusmadi didalam Rancangan HUJAH semalam. Beliau mengutarakan berkenaan anak muda memerlukan Ruang, Peluang dan Keyakinan. Memang betul apa yang YB utarakan tu.
  • Anak Muda sekarang memerlukan Ruang untuk memberikan pendapat, sumbangan dan bermacam-macam lagi. Pendek kata anak muda sekarang perlukan pentas seperti masa A.Samad Said memerlukan pentas. Ini adalah kerana anak muda sekarang berasa dipinggirkan dan tidak dihargai sumbangan mereka walhal mereka juga adalah Rakyat dalam negara ini. Apabila anak muda bangkit sahaja untuk bersuara, maka akan ditutup serapat-rapatnya suara anak muda tadi agar tidak dapat didengar oleh dunia luar. Kerana apa ?. mungkinkah telah menjadi adat, suara anak muda itu berani dan lantang tanpa hipokritasi. Ini kerana apa yang hendak disuarakan oleh anak muda adalah benar-benar tulus dan ikhlas dari hati dan tidak ada apa yang tesirat disebaliknya. Ini adalah anak muda ini ingin menunjukkan kepada dunia apa yang mereka mahu. Tetapi sayang, di Malaysia ini, suara anak muda amat "mahal" sekali untuk didengar, tidak tahu dimanakah salahnya. Mungkinkah pemerintah ingin menutup suara anak muda ini agar mereka tidak menjadi seorang lagi Asri Zainal Abidin yang bersedia menempelak pihak yang telah terpesong dan salah sehingga terkena ke batang hidung sendiri. Amat sedih sekali tanah airku ini kerana pentas anak muda tidaklah disediakan.
  • Anak muda juga harus diberikan peluang untuk mereka menonjolkan bakat dan kemampuan mereka didalam pelbagai bidang. Jangan kerana faktor umur mereka ini dipinggirkan dan peluang-peluang tersebut dikuasai oleh Kaum Tua yang Ortodoks dan Konservatif sahaja. Jikalau budaya ini berterusan, kita khuatir anak muda generasi akan datang akan leka dan khayal dengan hiburan semata-mata. Tidak ada yang berminat atau bahasa mudanya "ambil pot" terhadap negara, Ini yang terjadi di Amerika dimana golongan muda tidak berminat dalam soal yang berkaitan pembangunan negara sehinggakan untuk membuang undi juga anak muda ini tidak berminat. Sebab apa, sebab mereka terlampau asyik dan terleka dengan hiburan yang disuapkan oleh Pemerintah dan Kaum Pemodal.
  • Anak muda harus diberi keyakinan juga dalam menentukan hala tuju negara ini. Apa salah kali ini setiap golongan memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada anak muda untuk meneraju pembangunan dan masa depan negara ini. Kita lihat bagaimana kemampuan mereka. Jikalau tidak cemerlang dan hasil tidak memuaskan, kita boleh tukar mengikut lunas-lunas demokrasi. Tiada masalah bukan. Nor Jazlan(Ketua UMNO Salah Satu Bahagian di Negeri Johor) yang cuba untuk membuat perubahan dan pembaharuan(tajdid) didalam UMNO juga telah ditolak oleh UMNO sendiri. Beliau telah mencipta sejarah dimana seorang anak muda dan Ketua Bahagian ingin bertanding jawatan Presiden dan cita-cita beliau ini telah dipersendakan oleh setiap lapisan masyarakat dan golongan. Beliau sendiri menzahirkan kekecewaan ini dimana beliau berkata "UMNO Tidak Mahu Perubahan Dalam Parti" walhal tujuan beliau itu adalah ingin membuat perubahan sesuai dengan jiwa dan sifat anak muda. Apa salah diberi Peluang dan Ruang untuk anak muda kali ini.
  • Generasi muda merangkumi 40% sosio-masyarakat dalam negara ini. Bagaimana jikalau anak muda ingin bersatu dan membina kekuatan sendiri ?. Tentu amat sukar dibayangkan sekali bukan. Jadi kesimpulannya, berilah anak-anak muda ini Ruang,Peluang dan Keyakinan dalam hala tuju negara ini. Meskipun tidak 100%, cukuplah sekadar 30%. dan kita lihat hasilnya kelak. Anak muda di Malaysia ini masih belum seperti anak muda dinegara lain dimana mereka telah lalai dan leka dengan candu hiburan. Anak muda di Malaysia ini masih ada yang waras dan ambil berat dalam hal-hal kenegaraan. Lihatlah hasilnya dimana Saluran 4,5 dan 6 adalah penyumbang kepada kemenangan sesuatu parti itu. Bukannya saluran 1,2 dan 3 yang umum mengetahu sudah dibeli oleh satu pihak dengan hanya berbekalkan Kain Batik dan Baja Subsidi.