Monday, May 18, 2009

Orang Miskin Perlu Berubah Kata Pak Menteri

  • UBAH CARA BERFIKIR ELAK MISKIN –

  • Golongan miskin digesa supaya mengubah sikap dan cara berfikir ke arah lebih positif bagi mengelakkan terus terpinggir daripada arus pembangunan dan kemajuan negara.Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Abdullah Md. Zin berkata, mereka tidak wajar menjadikan diri terus dilihat sebagai miskin dan tidak mampu menyara keluarga.Menurut Ahli Parlimen Besut itu, perbuatan segelintir golongan miskin yang mempamerkan seolah-olah mereka tidak mampu keluar dari kepompong kemiskinan dan selalu menagih simpati merupakan sikap yang tidak patut diamalkan.Jelasnya, taraf hidup golongan itu tidak akan berubah selagi mereka sendiri tidak sanggup berusaha dan kerajaan hanya mampu menyediakan peluang dan melakukan pelbagai perancangan yang sesuai.-Utusan

  • ---------------------------------------------------------------

    Satu ulasan dari Seorang Bekas Timbalan Menteri yang boleh dikateogorikan sebagai bahan jenaka. Beliau menyuruh atau meminta orang Miskin mengubah cara mereka hidup dan berfikir. Namun tidakkah Pak Menteri ini berfikir kenapa mereka miskin didalam Zaman Millenium ini dan dibumi bertuah ini masih ada yang merempat?.
  • Jawapannya adalah senang, bukan kerana takdir dan bukan juga kerana nasib. Tapi mereka miskin kerana mereka ditindas oleh Kaum Pemodal. Tidakkah Pak Menteri ini berfikir atau merenung sejenak berapa harga sekampit beras sekarang untuk mereka makan?. Berapa harga sekilo gula dan minya serta garam untuk mereka nikmati seperti Pak Menteri ?. Jikalau Pak Menteri tahu akan harga barangan harian sekarang ini, tentu Pak Menteri akan beranggapan masih murah. Itu jikalau diukur kepada kemampuan dan pendapat yang Pak Menteri terima saban bulan. Tapi bagi mereka dan juga Kaum Proliter yang lain, ianya membebankan dan mahal amat jikalau dibandingkan dengan pendapatan mereka.
  • Bayangkan harga sekampit beras itu boleh dibeli oleh Pak Menteri tanpa masalah sekalipun namun bagi Rakyat ianya membebankan kerana mereka tidak berkemampuan berdasarkan pendapatan mereka. Dimanakah silapnya ?.tidak lain dan tidak bukan ianya adalah permainan dan corak ekonomi yang telah dikarang oleh Kaum Pemodal berdasarkan prinsip "Modal Sedikit Tapi Untung Berganda". Bayangkan peraih-peraih membeli barang mentah dari petani,nelayan dll dengan harga yang murah. Kemudian dijual kembali kepada petani, nelayan dengan harga yang mahal. Bayangkan mereka yang memerah keringat membanting tulang empat kerat untuk menyediakan sumber bagi setiap lapisan rakyat di negara ini. Tetapi mereka perlu membeli kembali barangan yang telah mereka keluarkan ini dengan harga yang tinggi
  • Jadi pucuk pimpinan negara harus berfikir dan merenung sejenak akan pemasalahan ini sebenarnya. Dikala mereka melaungkan 1Malaysia masih ada lagi rakyat yang tertindas dan tidak berkemampuan atas dasar-dasar yang telah mereka laksanakan ini. Ayuh kembalilah kita semua kearah sistem Ekonomi yang boleh menjaga dan membantu setiap lapisan Rakyat agak tiada lagi kedengaran "Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Terus Miskin". Bersamalah kita semua setiap lapisan rakyat didalam Tanah Air yang tercinta ini Merakyatkan Negara ini. Bukan MengUMNOkan Malaysia ini seperti hari ini. Ayuh semua kita berubah kerarah Malaysia Baru.
  • Konklusinya, Negara ini perlulah diRakyatkan bukan dimilikperibadikan seperti hari ini. Aset Negara adalah milik semua lapisan Rakyat. Bukan milik segelitir individu yang berselindung atas nama Pemerintah.

No comments:

Post a Comment