- Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.
- Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.
- Gembira dengan keputusan tersebut, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba." Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Dalam isu ini Rakyat sudah boleh menilai siapa yang memperjuangkan untuk Proletar dan siapa yang memperjuangkan untuk poket dan kroni. Dato' Seri Nizar ketika diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah minggu lalu serta merta berkata, beliau akan segera mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak untuk mohon membubarkan DUN Perak atas alasan segala kemelut Perak pada hari ini dan sebelumnya sehingga mencetuskan Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang hendaklah diserahkan kepada Rakyat untuk menentukannya. Pendek kata Pilihanraya semula di Perak. Beliau tidak kisah berkenaan kedudukan,jawatan mahupun Camry beliau. Yang beliau gusar dan khuatir adalah kepentingan dan hak Rakyat perlu dimartabatkan dan dikembalikan.
Tetapi berbeza apabila Zambry telah diisytiharkan semua sebagai MB Perak setelah mahkamah Rayuan menerima Rayuan beliau, dimana beliau mengulas dan berkata yang beliau akan teruskan khidmat beliau sebagai MB Perak. Beliau akan teruskan segala dasar dan perancangan yang telah dicadangkan oleh beliau sebelum ini.
Melihat kepada situasi diatas dan dua ulasan dari dua orang yang paling berkuasa di Perak, Kita dapat menilai, siapakah sebenarnya yang mahu berkhidmat untuk Rakyat dan siapakah sebenarnya yang mahu berkhidmat untuk diri sendiri dan termasuk juga kroni.
Akhir kata, Rakyat haruslah membuat perubahan dalam Sistem Politik negara hari ini, Sekarang adalah masa untuk berubah kearah Malaysia baru yang akan menjaga dan merakyatkan Malaysia ini. Hidup Rakya
Mohon Dato' Seri Zambry Abdul Kadir mengadap Tuanku mohon perkenan membubarkan DUN Perak jikalau beliau benar-benar mahu memerintah atas Slogan Mohon Restu Rakyat. Nasihat aku kepada BN, Kalau BN Yakin Rakyat akan menyokong BN sekarang ini, apa lagi, terus berjuanglah, hunuskan keris UMNO itu, jangan 'flip-flop" lagi.

No comments:
Post a Comment