Tuesday, May 19, 2009

Golongan Muda Pengubah Sejarah Negara

GOLONGAN MUDA DICABAR HARUMKAN NAMA NEGARA – Najib Razak , mengemukakan cabaran kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan muda untuk tampil melakukan sesuatu kejayaan yang tidak pernah mereka fikirkan. Perdana Menteri berkata, pada masa ini, sudah ada rakyat Malaysia yang mampu melakukan sesuatu luar biasa dan mengharumkan nama negara seperti berjaya ke puncak Gunung Everest, menjelajah Kutub Utara dan Selatan dan berenang merentas lautan sejuk Selat Inggeris.-Berita Harian
------------------------------------------------------------------

TUMPU PADA PENGUNDI MUDA -UMNO Wilayah Persekutuan akan memberi perhatian khusus kepada pengundi muda dalam usaha untuk merampas semula kawasan Parlimen yang dimenangi pembangkang.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, menurut perangkaan, kira-kira empat juta pengundi muda akan menyertai pilihan raya umum akan datang.Beliau berkata, trend semasa pula menunjukkan golongan itu lebih cenderung kepada parti pembangkang.-Utusan

-------------------------------------------------------------------


  • Lihatlah dua tajuk akhbar perdana diatas, kedua-duanya menepek ulasan Pak Menteri yang bercakap soal anak muda. Kenapa baru sekarang pemimpin takut akan kebangkitan Golongan Muda ?. Adakah kerana Parti Pemerintah telah kena pukulan Tsunami pada Mac 08 hari tu dan juga telah menerima tamparan 4-1 Pada PRK yang lepas ?. Ini kerana penyumbang kepada kekalahan Parti Pemerintah adalah undi-undi yang dibuang oleh Kaum Muda dan Kaum Bukan Melayu. Fokus tajuk ini adalah kepada Undi Kaum Muda dimana telah memihak kepada Pakatan Rakyat, sehingga membuatkan BN Tewas 4-1 didalam PRK yang lepas.
  • Kenapa sebelum ini tidak kedengaran suara-suara pemimpin yang bercakap berkenaan Golongan Muda ?.Kenapa tahun sebelum 2008 tiada langsung kedengaran pemimpin-pemimpin yang menghargai sumbangan Golongan Muda ?. Kenapa ?. Adakah kerana mereka beranggapan sumbangan Golongan Muda sebelum ini tidak penting dan tidak perlu untuk negara ?. Dan sekarang setelah mereka dilanda Tsunami Mac 08 barulah mereka tersentak yang Golongan Muda mempunyai kekuatan untuk mengubah negara.
  • Lihatlah sejarah dunia, Iskandar Dzulkarnain menawan India dan dunia pada usia yang muda, Pencipta-pencipta barangan pada Zaman Kegelapan juga adalah dari Golongan Muda yang berusaha menongkah arus dan hukum ketika itu. Hasilnya kita lihat hari ini berapa banyak ciptaan-ciptaan Golongan Muda pada Zaman Kegelapan telah dipakai oleh setiap lapisan masyarakat. Meskipun kita mengetahui bahawa penciptaan-penciptaan mereka itu mendapat tentangan hebat dari pihak Agamawan yang melabel mereka sebagai sesat atas nama Agama
  • Jadi Sumbangan Golongan Muda sebenarnya amat penting untuk pembangunan dan corak masa depan sesuatu tamadun atau negara itu. Wajarlah setiap inci sumbangan mereka itu diambil perhatian dan dihargai meskipun ianya tidak dapat diterima dengan Hukum Akal. Cukuplah setelah sekian lama kita meminggirkan Golongan Muda ini atas faktor umur mereka yang masih mentah kononnya. Sekarang adalah masa dimana setiap pemimpin harus menerima dan memandang akan buah fikiran serta sumbangan dari Golongan Muda ini. Janganlah dibiarkan peristiwa Kaum Muda melawan Kaum Tua kembali berulang dalam sejarah kita ini. Janganlah dibiarkan tanggapan bahawa Golongan Muda ini hanya layak ditempatkan dilapisan bawahan sahaja atas faktor umur.
  • Sekarang adalah masa untuk perubahan atau pembaharuan(Tajdid) kerana pada masa millenium sekarang ini faktor umur bukan lagi penentu dalam setiap Pembangunan Negara itu. Jangan diingat bahawa yang Tua sahaja layak untuk memerintah dan memegang jawatan-jawatan tinggi dalam menentukan hala tuju sesebuah negara itu. Syaidina Umar pernah menolak buah pendapat dari seorang anak muda berumur 10 tahun didalam perbincangan(musyawarah) beliau. Setiap kali anak muda ini ingin memberikan pendapat, Syaidina Umar menyuruhnya diam sehinggalah sampai satu tahap itu, anak muda ini terpaksa bersuara dan berkata, " Ya Amirulmukminin, jikalau saya disuruh diam kerana faktor umur, saya juga beranggapan bahawa Amirulmukminin juga tidak layak untuk menjadi Khalifah atas faktor umur, kerana ada lagi orang yang lebih tua dari Amirulmukminin yang layak menjadi Khalifah" Tersentak dengan kata-kata tersebut, Syaidina Umar akhirnya sedar dan memberi peluang anak muda itu untuk bersuara dan memberikan pendapat.
  • Lihatlah Sejarah Islam diatas, faktor umur bukan penentu setiap sumbangan buah fikiran dan pendapat itu harus diberikan. Tetapi faktor apa yang hendak disampaikan itu yang paling utama, bukan faktor siapa yang akan menyampaikan. Jadi Golongan Muda dalam Tanah Air yang tercinta ini haruslah bersatu dan berpadu dalam menghadapi masa-masa murka yang akan datang. Janganlah biar kita Golongan Muda ini ditindas dan senang digula-gulakan oleh Pihak Pemerintah. Golongan Muda haruslah berani menghadapi cabaran dan rintangan dalam apa jua situasi. Apa yang penting adalah satu padu dan kerjasama dalam menghadapi setiap rintangan dan cabaran mendapat. Jikalau ini dapat dituruti oleh setiap Anak Muda di dalam Tanah Air ini. InsyaALLAH kita akan kuat dan dapat mengubah pola pemerintahan Negara yang mana sekarang meminggirkan kita dan hanya akan memandang kita jikalau mereka sudah tersepit. Selepas itu kita akan dipinggirkan seperti sebelumnya.
  • Wahai Pengundi Peti Undi 4,5 dan 6. Teruskan sumbangan kalian, kekalkan prestasi kalian seperti sebelum ini (selepas Mac 08) InsyaALLAH kita akan mendapat peneraju yang baik seperti sekarang ini. Kita akan mendapati Tanah Air yang kita cintai ini milik kita bersama, milik Rakyat bersama, bukannya milik individu yang berselindung atas nama Pemerintah. Bersatulah kita wahai Golongan Muda. Sumbangan kalian sebenarnya amat penting untuk masa depan negara ini, cuma kalian tidak sedari sahaja kerana masih dibuai dengan keseronokkan dan keasyikkan hiburan yang telah dicipta oleh Pemerintah atas harapan Golongan Muda akan terus lupa dan alpa dengan hiburan. Ayuh, berubahlah wahai Anak Muda. Anda penentu masa depan negara dan penentu untuk menjadikan Tanah Air kita ini Malaysia Baru dan Harapan Baru Untuk Rakyat.
  • Bersatulah, Berpadulah, Bergandinganlah wahai segelinap Anak Muda di Tanah Air ini untuk menyingkirkan mereka yang telah mengindividukan negara ini. Bersamalah kita merakyatkan negara ini. Agar kita semua boleh boleh menikmati setiap inci aset dalam Tanah Air kita ini. Bukannya seperti sekarang hanya segelintir individu sahaja yang menikmatinya.
  • Akhir sekali, Pengundi Saluran 4,5 dan 6 teruskan prestasi kalian untuk menyingkirkan Pemerintah yang telah memerintah sekian lama tanpa apa sumbangan yang setimpal dengan aset Negara untuk kita semua. Bersamalah kita menyingkirkan pemerintah ini dari pentas politik Malaysia Moden. Bersamalah kita memuziumkan pemerintah yang telah sekian lama memerintah dan mengkaut seluruh hasil-maksul kekayaan negara kita ini. Bersatulah wahai Pemuda Pemudi Tanah Air yang tercinta ini. Pemuda adalah Tiang Negara !

No comments:

Post a Comment