Tuesday, June 23, 2009

Rajawali...

RAJAWALI
sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri
rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti
langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan
tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara
rajawali terbang tinggi
memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya
hidup adalah merjan-merjan
kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat fatamorgana
rajawali terbang tinggi
membelah langit dengan setiadan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka

Puisi ditulis oleh W.S Rendra untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Tanggal 1.7.2009 akan bermula suatu lagi sandiwara ciptaan UMNO/BN terhadap Sdr.Anwar Ibrahim.Perbicaraan kes pendakwaan tuduhan liwat buat kesekiankalinya dihadapkan kepada Anwar.Kali ini yang munkin berbeda adalah pengadunya,kalau dulu Azizan Abu Bakar kali ini Saiful Bukhari Azlan.


Manakala para dalangnya,mereka-mereka yang dulu juga;para Dewa kekuasaan di atas sana akan berterusan mengaburi mata rakyat bahawa kebenaran adalah seperti yang mereka inginkan.
Saya yakin sebagaimana keyakinan yang terpahat sejak sedekad yang lalu,bahawa pertuduhan ini tidak lebih rekayasa para Dewa kekuasaan yang takut,bimbang dan bacul akan keboborokan yang telah mereka cipta selama ini akan terungkai dek kerana seorang Anwar.Dan saya tetap yakin bahawa seperti sedekad yang lalu,rakyat tidak akan terperdaya dan dibuai oleh muslihat Najib,Musa Hasan,Gani Patail dan para cukong mereka.



Bukankah bukti jelas terbentang dihadapan mata?Seperti kes terdahulu bagaimana keterangan di manipulasi sebegitu rupa-dari laporan Pakar Perubatan sehinggalah bagaimana Azizan Abu Bakar mengaku yang dia tidak pernah di ‘anu’kan tatkala di soal oleh Allahyarhan Christopher Fernando (keterangan ini dengan perintah Hakim dibuang dari rekod) dan 1001 lowongan lainnya,maka yang ada pada hari ini juga sedemikian rupa.


Laporan Perubatan dari PUSRAWI mahupun Laporan Pakar Perubatan HKL yang dirujuk oleh Polis dengan jelas,nyata,prima facie dan beyond reasonable doubt jelas menunjukkan tidak ada sebarang kesan-kerosakan-koyakan-kehancuran pada batangtubuh sipengadu,Saiful!Pun begitu,jika Sdr.Anwar sekadar warga biasa,saya percaya tidak akan ada pertuduhan dilemparkan kepada beliau.


Malangnya Anwar adalah Anwar.Pemimpin bangsa dan Sang Pemula yang punya keterampilan,bobot dan pencinta rakyat.Maka kerana Anwar adalah Anwar yang bisa menggugat kekuasaan para Dewa dan para cukong maka seorang Anwar ini perlu ditangani dengan segala fitnah,konspirasi dan pertuduhan yang direkacipta.


Kerana Anwar adalah Anwar yang rakyat dekat dihatinya dan rakyat juga disisinya bukan kerana watak yang dihidupkan oleh media songsang atau di dukung oleh alat kekuasaan negara tetapi tautan kerana rakyat inginkan keadilan,inginkan harakat dan maruah sebagai warga merdeka,inginkan demokrasi subur dan negara tanpa penindasan,rasuah dan salahguna kuasa maka para Dewa yang berjiwa kerdil melihat manusia Anwar Ibrahim ini suatu ancaman terhadap kekuasaan yang dibina diatas kebejatan dan diatas tangisratap rakyat.


Kerana Anwar adalah Anwar yang peduli rakyat,yang berjuang untuk rakyat dan bergelut untuk membebaskan warga dari rantai yang membelit sekian lama,maka Anwar perlu disisihkan,perlu diketepikan,perlu dimatikan karier politiknya (political assination) dan perlu diamankan biar kembali mendekam dalam penjara.


Dan inilah citra politik haprak,kotor,jijik,penuh dendam kesumat dan diluar dari norma etika mahupun tuntutan agama.Akan apakah yang mahu dihidangkan kepada generasi jika layaknya tingkah sebegini yang ingin diwarisi kepada mereka?Apakah yang ingin diteladani kepada para pewaris kepimpinan bangsa bahawa demi kekuasaan dan takhta maka apa sahaja kaedah cara walaupun dengan fitnah dan diluar dari garis agama boleh sahaja dihalalkan?


Apa yang berlaku kepada Anwar adalah manifestasi betapa buruknya wajah-wajah pelaku dan Dewa politik pimpinan UMNO/BN.Rakyat berhak bertanya,sebagaimana rakyat bertanya 10 tahun yang lalu,jika sebegini layanan terhadap Anwar Ibrahim,pemimpin bangsa,mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO,bagaimanakah pula nasib rakyat kecil seperti kami?


Pun begitu jika mereka beranggapan fitnah jahat dan konspirasi terhadap Anwar kali ini akan melunturkan semangat rakyat menuntut perubahan,jelas mereka mengulangi kesilapan yang sama seperti 10 tahun lalu.Rakyat sudah matang dan bijak,bukan lagi boleh dibuai dengan retorika pemimpin atau menelan bulat-bulat sabda para Dewa;dan rakyat tentunya tidak akan sekadar berpeluktubuh melihat fitnah,konspirasi dan kebejatan bermaharajalela kerana keadilan bukan sekadar mimpi indah dihujung pelangi tetapi hak yang ditentukan oleh Ilahi.


Maka,kepada para Dewa dan sang penguasa,dengarkanlah,RAJAWALI itu tidak akan dibiar terbang bersendirian dan luka RAJAWALI adalah kedukaan rakyat.Tidak ada tembokbenteng yang dapat menghalang arus apabila rakyat benar-benar murka.

-catatan pinggir,DenPasar,22 juni 2009

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang
suara dibungkam
kritik dilarang tanpa alasan
dituduh subversif dan mengganggu keamanan
maka hanya ada satu kata:

LAWAN TETAP LAWAN !!! (Peringatan Solo,1986)

dipetik dari blog Dato' Seri Anwar Ibrahim...

Kenyataan Akhbar Pimpinan Pakatan Rakyat


KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:



1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.



3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang
—————————————————————————–
Press Release Pakatan Rakyat Council of Leaders



22nd June 2009- Pakatan Rakyat Stand on Unity Government
The Pakatan Rakyat Council of Leaders today Monday, 22 June 2009 held a meeting at the office of the Opposition Leader and agreed on the following:



1. All the component parties of Pakatan Rakyat reiterate their commitment to each other and to strengthen the coalition in order to help form the future Federal Government.
2. The Pakatan Rakyat Council of Leaders reaffirms our rejection of the idea of forming a Unity Government with UMNO / Barisan Nasional which is clearly a malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the increasingly popular Pakatan Rakyat



3. Pakatan Rakyat agrees to adopt an open approach and is willing to hold discussions with the leaders of Barisan Nasional on issues of national interest such as economic recovery, improving the quality of education, restoring the integrity of the judiciary, abrogation of the Internal Security Act (ISA), the RM 12.5 billion PKFZ scandal, abuse of power by the police leadership during times of increasing crime, eradication of corruption, establishment of good governance and to hold immediately a free and fair election to resolve the Perak crisis.


YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang

Disebalik Rusuhan di Iran

APA DIA YANG SEDANG BERLAKU DI IRAN SEKARANGAdalah salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protest hanya tentang pilihanraya sahaja.Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.Adalah juga salah untuk mengatakan bahawa tunjukan perasaan ini antara gulungan liberal yang menentang gulungan konservatif/kolot. Hakikatnya ke dua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri ini telah dilupuskan.Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush telah menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja kerja jahat terhadap Iran.


Amerika telah menyokong kumpulan-kumpulan dan parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ini memang tugas kuasa imperial Amerika.Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad TIDAK pro Amerika. Ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.Amerika Syarikat masih dianggap sebagai Setan Dunia oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politik Iran secara terang terangan yang akan berani membuat dasar pro Amerika. Ini kerana sebab sejarah.Pada tahun 1953 Mohammed Mosaddeq telah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memilik negarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeg akhirnya telah ditendang keluar. Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini adalah perancangan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang syarikat minyak Anglo-Amerika telah dibawa masuk kembali. Untuk gantinya Shah Ahmad Reza Pahlavi telah di nobatkan oleh CIA sebagai Raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.Ini fakta saheh. Pada 4hb Jun 2009 yang lalu Barack Obama sendiri telah mengakui pekara ini dalam ucapan di Cairo. Ucapan Obama kepada ‘warga Islam’ dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran – Parsi. Mereka semua beragama Islam – Shiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya di jalankan ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?Semua analisa akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.Ahmadinejad mewakili gulungan bawahan – kaum tani di kampong-kampong dan kaum buruh di kota.

Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini telah dimanifestasikan melalui organisasi Basij. Basij asalnya adalah kumpulan anak-anak muda kampong dan anak muda msikin kota yang di rekrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.Basij berasal dari kumpulan sukarela tetapi dua tahun lalu ianya telah diserap ke dalam pentabiran Ahmadinejad. Basij ini telah mendapat kontrek pembangunan, lesen-lesen dan menjawat lembaga-lembaga dibeberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad. Lembaga ini samalah seperti SEDC ( State Economic Development Cooperation) yang ditubuhkan oleh PM Razak Hussein dahulu.Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau Soldadu Penjaga Revolusi. Ini adalah pasokan soldadu yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini. Pasokan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran dibawah Shah yang banyak menjadi talibarut Amerika.

Pasokan Pasdaran ini mendewasa di kancah perang Iran/Iraq.Basij dan Pasdran kini adalah asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin dalam kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama. Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri/borjuis nasional yang di wakili oleh Rafsanjani seorang multi bilionaire. Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika terhadap Iran.Rafsanjani towkay kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat di eksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran di dunia. Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini adalah peniaga-peniaga China yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan. Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu kumpulan Bazaari ini telah menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.Kelas Bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Shiah yang berpusat di Qum. Mereka memerlukan satu sama lain. Gulungan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi/duit kelas Bazaari. Kelas Bazaari memerlukan fatwa untuk ‘menghalalkan’ apa sahaja perniagaan mereka - termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai ‘nikah sementara’.

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancung tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat di eksport. Kelas Bazaari/komprador - yang bergantung perniagan dengan peniaga luar - kini melihat barangan untuk jualan amat susah untuk di impot atau diekspot kerana sekatan ekonomi.Justeru amat jelas ada pertentangan kelas disini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang di wakili oleh Rafsanjani/ Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah/ state capitalism - yang diwakili oleh Ahmadinejad.Justeru ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan mazhab Shiah atau dengan agama. Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi. Jangan kita lupa - ada lagi satu kumpulan – kumpulan monarki – saki baki dari penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi.

Mereka ini kelas feudal yang sedang mengelabah seperti polong tidak bertuan. Tuannya – Reza Pahlavi anak Shah – kini tinggal di Cairo kerana telah menjadi menantu Anwar Sadat.Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau di Country Height Kajang. Kumpulan ini berkumpul di bawah tv satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancar dari Cairo.Kelas feudal dan elit atasan – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton - ini tidak ada sangkut paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang lenang bershopping dihujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu. Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Muhamad. Mereka melihat ‘gaya hidup’ mereka menjadi kacau bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi siapakah pula yang berdemo di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya? Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya. Mereka bersatu dibawah bendera dan slogan - Undur-Undur Ahmadinejad. Ini sama seperti slogan dizaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemo untuk menjatuhkan Mahathir Muhamad.Awas ! Dari semua kumpulan ekonomi ini adalah lagi satu kumpulan. Ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas. Mereka inilah yang gugur di tembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis rusuhan.Anak- anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah ‘penanam anggor’ yang tidak memiliki kerja dan masa depan. Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang menggangu gugat gaya kehidupan muda mereka.

Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga adalah Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran. Mereka sedang mendobrak segala nilai-nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster. Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapak saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan Sms dan Twitter. Mereka bermazhab Ali Shahriati. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che.Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran dari theocracy yang kolot.Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya.

Dasar ini ingin mentuakan naluri muda mereka. Ditahap sejarah pada June 2009 ini - anak-anak muda ini sedang berpayung dibawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan oleh Mousavi.Untuk sementara waktu ini Ahmadinejad adalah Presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat dibawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang - tidak akan menggugat Iran. Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Iran memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Shiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati.

Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 dahulu sebelum di ‘hijack’ oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun. Anak-anak muda dimana sahaja didalam dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ini adalah sifat dan naluri anak muda. Anak –anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu. TT

Dipetik dari tukartiub.blogspot.com

Monday, June 22, 2009

Ada Apa Dengan Kerajan Perpaduan-UG

Semenjak dua ni acap kali kita kedengaran di media perdana, baik media cetak, mahupun media elektronik berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan (UG). Media seakan-akan cuba untuk menjadi juara dalam isu UG ini. Saban hari, ada sahaja berita, kenyataan atau ulasan dari individu dan juga kumpulan, berkenaan UG ini. Kenapa hal UG ini dicanang sehingga diibaratkan sebagai masalah negara atau Glokal.? Apa itu UG ?. Mengikut jawapan UMNO, UG adalah satu Kerajaan yang berpadu dengan PAS. Maksudnya, UMNO akan bersama-sama PAS dalam menerajui pemerintahan Tanah Air kita ini. Mengikut hemat PAS pula, UG adalah Gabungan Kerajaan dan Pakatan Rakyat dalam bersama-sama mentadbir dan memerintah negara ini. Pendeknya, Malaysia tidak akan ada pembangkang dari Pakatan Rakyat, kecuali pembangkang dari Parti Bebas.

Persoalan UG ini agak menarik sebenarnya, ini kerana ianya menjadi isu setelah UMNO/BN dilanda badai Tsunami Politik pada Mac 08 yang lalu. Jika sebelum Mac 08, tidak langsung kedengaran akan UG ini atau apa jua nama yang membawa maksud kerjasama UMNO-PAS. Kenapa hal ini terjadi ?. Ini kerana sudah menjadi resmi UMNO, jikalau mereka telah tersepit dan berasa rakyat sudah mula menolak mereka, maka, mereka akan mengajak lawan mereka yang mana mendapat sokongan rakyat(PAS) agar bersama-sama berkerjasama dengan UMNO. Seperti biasa, UMNO akan mempergunakan PAS sebagaimana tahun 1970-an dahulu untuk survival dan masa depan mereka agar dapat terus menjadi pemerintah dan menjadi parasit yang merangkul segala hasil-maksul tanah air kita ini untuk poket dan kroni.

Dari kaca-mata PAS pula, pucuk pimpinan PAS Pusat telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mahu dan tidak akan sesekali berkerjasama dengan UMNO, maksudnya, PAS menolak UG ini meskipun desas-desus mengatakan ianya dicadangkan dari PAS sendiri. Kita lihat sahaja di Harakah, pimpinan-pimpinan PAS Pusat telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menolak kerjasama dengan UMNO, namun seperti biasa UMNO masih tidak faham lagi akan kenyataan pimpinan PAS ini. Seperti biasa UMNO dengan bantuan media milik UMNO dan media pro-UMNO memainkan isu ini sehinggakan seolah-olah isu ini belum ada penyelesaian dan kata putus. UMNO bersama media milik mereka dan media pro mereka mula mengulang-tayang dan mengapi-apikan isu UG ini seolah-olah ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa andaikata UG ini gagal, maka PAS yang harus dipersalahkan.

PAS telah meletakkan syarat, bahawa UG ini harus mengambil kira sekali rakan-rakan PAS didalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP. Tetapi kenapa sehinga ke hari ini, UMNO masih belum memberikan kata putus dimana mereka sedia untuk berunding bersama-sama dengan PKR dan DAP berkenaan UG ini ?.Kenapa ?. Adakah UMNO mempunyai agenda tersembunyi disebalik UG ini ?. Adakah UMNO masih menganggap PAS hari ini adalah sama seperi PAS 70-an dahulu, dimana PAS senang diperbodohkan dan diperkotak-katikkan demi survival UMNO ?. UMNO sebenarnya silap jikalau beranggapan sedemikian, PAS hari ini tidak seperti PAS tahun 70-an. PAS hari ini sudah matang dan sebati dengan permainan politik kotor UMNO, kerana itulah mereka menentang akan UG ini.

Apabila PAS menentang sahaja UG ini, UMNO dengan kerjasama media milik dan pro mereka memainkan isu bahawa PAS lebih rela kerjasama dengan DAP dari kerjasama dengan UMNO yang dianggotai oleh 80% Melayu. Kenapa api perkauman perlu ditiup didalam zaman millenium ini ?. Kenapa UMNO hanya sebut berkenaan perpaduan Melayu sahaja dalam mencapai matlamat UG ini ?. Kenapa UMNO mengetepikan rakyat Malaysia lain yang mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu ?. Kenapa ?. Alasan UMNO inginkan UG ini adalah demi masa depan Melayu, maka UMNO tidak harus meminggirkan PKR dan DAP, Ini kerana didalam PKR dan DAP juga terdapat orang-orang Melayu yang mempunyai hak dan keistimewaan yang sama seperti Melayu dalam UMNO dan PAS. Itu belum ditambah lagi kaum-kaum peribumi lain yang mana mereka juga menganggotai UMNO. UMNO seharusnya menyelesaikan masalah ini dahulu sebelum membicarakan soal perpaduan Melayu dan UG, masalah apa, masalah sama ada berani atau takut untuk mengajak PKR dan DAP kemeja rundingan UG.

Berbalik kepada perpaduan Melayu ini, jangan kita lupa sejarah Kelantan selama lebih 19 tahun(1990-2009), Parti manakah yang telah meminggir dan menganak-tirikan Kerajaan PAS Kelantan sehinggakan Kelantan dilabel sebagai negeri termiskin di Malaysia, walhal Kelantan adalah diantara negeri yang hampir 100% adalah Melayu. Jangan kita lupa juga, wang royalti minyak milik rakyat Terengganu yang hampir 100% juga adalah Melayu telah disekat ketika PAS berjaya menawan Terengganu dahulu. Jangan UMNO lupa akan sejarah itu jikalau mereka mahu berbicara soal perpaduan dan survival orang Melayu.

Natijahnya, jikalau UMNO masih mahu mengorat PAS agar menerima UG ini, UMNO seharusnya memulakan langkah pertamanya kearah perpaduan ini. Iaitu UMNO dicadangkan agar tidak bertanding dalam PRK Manek Urai nanti. Ini adalah kerana dapat mengelakkan Melayu berpecah atas dalil 2 Parti Melayu bertempur didalam kawasan yang sama. Beri PAS menang percuma dan UMNO tidak perlu menaja calon-calon bebas lagi. Ayuh, kita lihat, adakah UMNO berani bertanding atau tidak di Manek Urai.

Kenapa Aku Keluar UMNO...

  • Persoalan demi persoalan kerap diutarakan oleh rakan-rakanku, baik didalam parti yang sama perjuangan, baik juga didalam parti lawan(bekas partiku dulu). Persoalannya adalah sama, "Kenapa kau keluar UMNO" ?. Dan persoalan ini acap kali kedengaran dan dipersoalkan setiap kali mereka bertemu denganku. Sehinggakan aku sudah jemu dan muak untuk menjawab soalan yang sama, sehinggakan aku berasa ingin merakam sahaja jawapanku ini dan putarkan untuk mereka dengar jikalau masih mengutarakan soalan yang sama.
  • Baiklah, aku akan menjawab segala persoalan-persoalan ini didalam blogku ini. Persoalannya "Kenapa aku keluar UMNO" ?. Aku telah bersama dengan UMNO kurang lebih 10 tahun lamanya, satu dekad atau satu dasawarsa lamanya aku bersama dengan UMNO. Semangat perjuanganku(nasionalisme) amat menebal ketika bersama dengan UMNO, sehinggakan aku sanggup melakukan apa sahaja atas nama Nasionalisme atau Bangsa. Ini yang diajar dan disemai dalam jiwa dan sanubariku oleh UMNO, iaitu berjasa dan membela Bangsa. Apa-apa sekalipun utamakan bangsa dahulu. Aku beranggapan bahawa UMNO sahajalah satu-satunya Parti yang boleh membela bangsaku, bersesuaian dengan semangat Nasionalisme ku yang tebal sejak dari kecil lagi, dan aku sanggup melakukan apa sahaja demi UMNO satu ketika dulu kerana beranggapan ianya adalah pengorbanan demi Bangsa(Nasionalisme).
  • Aku mula mengenal dan berjuang bersama dengan UMNO ketika dibangku sekolah lagi, ketika itu aku tidak takut untuk menonjol didalam politik kerana aku tahu bahawa Pemerintah tidak akan mengambil tindakan terhadap ahlinya meskipun ianya bertentengan dengan undang-undang dan dasar pendidikan negara. Aku kerap menghadiri dan menonjol didalam majlis-majlis yang telah dianjurkan oleh UMNO baik diperingkat kecil mahupun besar. Sehinggakan diwaktu itu, kehidupanku cukup mewah dengan koleksi-koleksi dan saguhati serta cenderamata dari UMNO. Apabila tiba musim pilihanraya sahaja, koleksi-koleksiku semakin bertambah dan berlambak, baik dari segi benderanya, "buttonnya", topinya, kemeja-Tnya dll cenderamata dari UMNO, ditambah pula orangtuaku bekerja dengan orang tertinggi dalam parti dan negara.
  • Namun, hati aku tidak dapat menyembunyikan perasaan dan sanubari sebenarnya. Elitis dan kemewahan sebenarnya tidak dapat menyembunyikan perasaan dan sanubariku sebenarnya. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa hati dan sanubariku adalah untuk rakyat dan kaum proletar. Aku tidak dapat menyembunyikan yang aku tidak sanggup melihat rakyat ditindas oleh penguasa. Aku tidak dapat mengelakkan untuk membela nasib mereka yang berada di bawahan. Aku tidak dapat menerima bahawa didalam dunia yang serba moden ini, masih ada mereka yang susah dan terindas.
  • Akhirnya, pada tahun 2009 ini aku menongkah-arus dan membuat satu keputusan yang tidak disangka-sangka serta mendapat tentangan hebat dari rakan-rakanku didalam UMNO. Aku akhirnya membuat pilihan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat(PKR), satu parti yang aku tentang habis-habisan satu ketika dahulu meskipun pada waktu itu rakyat telah mula menunjukkan sokongan terhadap PKR(peristiwa 1998 dan 2008). Keputusan yang aku buat ini mengejutkan banyak pihak, terutama penyokong-penyokongku didalam UMNO dahulu. Mereka meracuni aku dengan bermacam-macam alasan dan sebab musabab agar aku tidak meninggalkan UMNO dan menyertai PKR. Namun semua itu tidak boleh menghalang dan mengubah jiwa dan sanubariku untuk bersama-sama dengan Proletariat. Peninggalan ku dengan memberi kata dua kepada mereka. "Kalau mahu masyuk ikutlah UMNO, kalau mahu membela rakyat tanpa balasan ikutlah Aku", namun, sarananku ini tidak mendapat sambutan. Mungkin mereka memandang kepada kemewahan dan kesenangan jikalau bersama dengan UMNO.
  • Hampir lebih satu dasawarsa aku bersama UMNO dan hidup dalam keluarga yang menyokong UMNO, jadi tidak mustahil aku tidak tahu segala salah-laku, penyelewengan dan bermacam-macam perkara mungkar yang telah dilakukan UMNO. Ini juga sebahagian yang menjadi sebab-musabab aku meninggalkan UMNO. Aku adalah anak yang mendapat didikan agama sejak dari kecil, tidak hanya melalui orang tuaku, tetapi melalui guru-guruku juga. Jadi aku tahu perkara yang mungkar dan perkara yang makhruf. Aku kenal dan mengerti akan baik buruk, dosa dan pahala. Namun semua itu kudiamkan, kerana ianya dilakukan oleh Parti yang aku sanjungi dahulu. Sampai bila aku hendak bersyubahat dan menyembunyikan kebathilan ?. Sampai bila aku hendak menutup mata melihat kerakusan dan penyelewengan berlaku dihadapan mataku ini ?. Sampai bila aku terus melihat mereka yang kaya bertambah kaya dengan menyalahgunakan wang negara dan rakyat bertambah papa kedana atas perkara yang mereka lakukan itu ?. Sampai bila ?.
  • Akhirnya kebenaran muncul juga, aku memilih jalan yang meskipun dikatakan ianya sukar dan penuh rintangan namun ianya adalah jalan yang selamat dan mendapat keberkatan dari Sang Pencipta. Ayuh rakan-rakanku yang masih bersama UMNO, berubahlah, kerana sekarang adalah masa untuk perubahan kearah Malaysia baru.

Thursday, May 28, 2009

Kadar Tol Lebuhraya Membebankan Rakyat

  • Akhirnya, Juak-juak pemerintah sendiri telah bersuara akan kebebanan yang mereka hadapi dalam menggunakan perkhidmatan lebuhraya dan tol-tol yang telah dibina untuk meraih pulangan modal dan yang penting adalah keuntungan. Hal seumpama ini boleh dirujuk didalam Akhbar milik pemerintah, Utusan Malaysia keluaran 28 Mei dibawah tajuk "Kerajaan Perlu Serius Atasi Isu Tol-Khir". Setelah 52 tahun mereka berkuasa dan setelah berdekad-dekad jaringan lebuhraya ini dibina dan disiapkan serta boleh digunakan oleh Rakyat, hanya sekali ini baru mereka bersuara, menyuarakan akan bebanan yang perlu ditanggung oleh rakyat saban hari berkenaan kemudahan lebuhraya ini.
  • Untuk pengetahuan anda semua, di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, ada lebih 18 lebuhraya yang sudah beroperasi dan 2 lebuhraya yang berada didalam pembinaan. Sudah semestinya jikalau namanya adalah lebuhraya tidak sah atau tidak lengkap jikalau tidak didirikan pondok-pondok tol dengan tujuan mengutip kembali modal yang telah dilaburkan dan tidak lari juga keuntungan yang akan diperolehi. Ini adalah kerana pihak konsessi yang bertanggungjawab dalam pembinaan lebuhraya ini haruslah menggunakan modal mereka dahulu dan apabila telah selesai pembinaan ini, mereka dibenarkan oleh pihak pemerintah untuk mengutip kembali modal tersebut dengan mendirikan pondok-pondok tol. Keadaan ini dipanggil Inisiatif Dana Swasta atau Private Fund Inisiative (PFI) dimana Pemerintah tidak akan mengeluarkan sesen pun untuk tujuan pembinaan ini meskipun ianya atas nama Kemudahan Rakyat.
  • Apabila berlakunya perkara ini (PFI), syarikat konsessi berhak membuat apa sahaja terhadap lebuhraya ini termasuk menaikkan kadar kutipan tol selagi ianya tidak melanggar perjanjian antara Syarikat Konsessi dengan Pemerintah. Kenaikkan kadar tol saban tahun atau 3 tahun sekali ini juga temasuk didalam perjanjian ini. Jadi dimanakah ianya yang dikatakan untuk Kesenangan Rakyat ?. Rakyat terpaksa tanggung benda yang pemerintah bina atas nama keselesaan dan kemudahan rakyat, meskipun ianya tidak pernah diminta oleh rakyat.
  • Inilah salah satu daripada sistem pemodal, dimana rakyat perlu menanggung atas benda yang mereka tidak minta, dan jikalau rakyat berkeras membantahnya, mereka akan menggunakan hubungan mereka dengan pemerintah untuk menekan rakyat agar terus menerima langkah ini. Apa yang saya utarakan ini adalah logik dan melalui pengalaman, kita ambil contoh satu lebuhraya yang akan dibina, mestilah ianya akan melalui tanah-tanah milik rakyat dan bagaimana mereka hendak mendapatkan tanah-tanah tersebut ?. Memang benar dan tidak dinafikan yang mereka akan membayar pampasan diatas "rampasan" tanah tersebut, namun persoalannya, adakah nilai itu ditentukan oleh tuan tanah ?. Adakah nilai pampasan itu berbaloi dengan nilai tanah tersebut ?. Tidak bukan, ianya ditentukan oleh Syarikat Pemodal tadi (Konsessi). Tidak kira berapa nilai semasa harga tanah tersebut, Tuan tanah harus menerimanya tanpa dakwa-dakwi, meskipun bayaran pampasan itu tidak memuaskan dan berbaloi.
  • Jikalau Tuan tanah ini terus berkeras dan ingkar atas "saranan" pemodal untuk menerima sahaja pampasan ini, maka satu lagi langkah akan diambil oleh pemodal, iaitu dengan menggunakan hubungan dan sogokan yang telah mereka berikan terhadap Pemerintah atau pihak berkuasa tempatan. Apabila penguasa menunjukkan taringnya, maka secara tidak langsung Tuan tanah ini terpaksa menerima sahaja apa jua saranan, meskipun ianya dilihat zalim dan tidak berperikemanusian. Kasihan bukan, rakyat marhain acap kali menjadi mangsa mereka yang berkuasa dan berdarjat.
  • Di episod yang lain pula, pemodal akan bersetuju dengan tawaran yang ditawarkan oleh Tuan tanah diatas pampasan yang akan diberikan, tidak kira berapa nilainya, asalkan munasabah dan relevan. Namun disebalik "kebaikan" dan "kemurahatian" pemodal ini sebenarnya terdapat rancangan yang tersirat dimana akan membuahkan keuntungan untuk pemodal sahaja, meskipun mereka terpaksa mengeluarkan modal yang agar besar. Ini tidak menjadi masalah pemodal, asalkan hajat dapat ditunaikan dan keuntungan dapat diraih berganda-ganda. Katakan pemodal hanya akan ambil sedikit sahaja tanah dilaman rumah Tuan tanah ini untuk membina lebuhraya, dan pampasan yang diberikan adalah tinggi nilainya berdasarkan permintaan Tuan tanah. Tetapi diakhirnya, pemodal akan melakukan satu cara dimana Tuan tanah ini terpaksa juga menggunakan lebuhraya ini jikalau mereka ingin kemana-mana destinasi yang diimpikan. Pendek kata, Tuan tanah ini mesti melalui tol jikalau ingin keluar jauh dari kawasan rumah. Tidak kiralah hendak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti, balik kampung atau sebagainya. Dari situlah, pemodal ini akan meraih kembali modal yang telah mereka berikan atas nama pampasan tadi.
  • Kebiasaannya, pemodal yang menjadi konsessi lebuhraya ini tadi akan mengikat kontrak dengan pemerintah untuk satu tempoh yang lama, kebiasaannya 20 tahun. Dan didalam tempoh 20 tahun inilah, kenaikkan kadar tol akan terus dilakukan mengikut perjanjian yang telah diikat tadi. Jadi sebenarnya pemodal tidaklah kerugian apa-apa meskipun modal yang dilabur berjumlah ratusan juta ringgit. Mereka akan meraih kembali pelaburan ini bersama dengan keuntungan dalam tempoh tidak sampai 20 tahun pun. Sekali lagi atas nama keselesaan rakyat, kita terpaksa tanggung segala kos operasi yang mereka lakukan tanpa permintaan kita. Inilah dia sifat perniagaan bercorak Kapitalis atau pemodal. Jadi diakhirnya yang rugi dan tercengang adalah rakyat juga.
  • Kesannya yang perlu ditanggung oleh rakyat diatas kenaikkan kadar-kadar tol ini adalah kenaikkan harga barang keperluan yang lain juga. Ini adalah kerana, syarikat-syarikat yang membekalkan keperluan untuk rakyat ini, harus bahkan wajib melalui lebuhraya ini jikalau ingin menghantar keperluan ini ke destinasi yang telah ditetapkan. Kadar tol bagi setiap kenderaan perdagangan adalah tinggi sekali nilainya. Dan ini akan membebankan syarikat-syarikat yang membekalkan barang keperluan tadi, dimana mereka harus menanggung juga kos pengangkutan dan tol yang telah digunakan. Jadi untuk mengelakan kerugian, mereka akan menaikkan harga barang keperluan tadi, dan pembeli yang membeli barang keperluan tersebut wajib juga menanggung untuk kos pengangkutan dan tol tadi. Maka, harga keperluan akan terus meningkat, dan rakyat juga yang tersepit.
  • Penyelesaian kepada segala pemasalahan ini adalah, rakyat tidak seharusnya menanggung apa yang telah dibuat dan dilakukan kononnya untuk mereka meskipun mereka tidak meminta. Kadar tol untuk kenderaaan perdagangan haruslah diseragam dan diminimakan agar ianya tidak membebankan rakyat dihujungnya. Rakyat tidaklah harus dilibatkan secara tidak langsung atas segala pemasalahan yang telah dilakukan oleh Kaum Pemodal. Rakyat berhak mendapat apa yang telah mereka bayar selama ini untuk negara.

Wednesday, May 27, 2009

Aminah Abdullah Bakal Timbalan Ketua Menteri 1

Semenjak dua ni apabila isu PRK Dun Penanti hangat diutarakan, timbul pula akan isu baru. Iaitu isu calon yang bertanding atas tiket bebas, Aminah Abdullah. Dimana calon ini menimbulkan isu yang beliau telah ditawar sejumlah wang RM 80,000, Jawatan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan yang menarik sekali Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, terbaru beliau menyatakan bahawa ada kejadian yang melibatkan maruah berlaku di sebuah hotel di Nibong Tebal.

Persoalannya disini, siapakah Aminah Abdullah atau Kak Min ini sehinggakan ada pihak yang bersedia menawarkan Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang jikalau beliau menang bertanding. Apakah kelayakkan yang membolehkan beliau ditawar jawatan sedemikian rupa. Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 adalah satu jawatan yang penting selepas Jawatan Ketua Menteri didalam Kerajaan Negeri. Adakah beliau seorang yang pintar dan berpengaruh sehinggakan beliau boleh ditawar jawatan yang penting ini ?.Adakah beliau seorang yang mempunyai pengalaman dalam soal pentadbiran negeri dimana Jawatan ini memerlukan kepakaran yang dasyat disamping latar belakang yang hebat ?.

Berbalik kepada penawaran tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, iaitu orang yang bertanggungjawab diatas perlantikan ini tidak pernah menemui beliau. Kak Min hanya memaklumkan bahawa ahli PKR diperingkat bawah sahaja yang menemui beliau, tidak diperingkat atasan. Apakah kuasa atau jaminan yang boleh diberikan oleh 2 orang ahli biasa ini ?. Adakah 2 orang ini amat bekuasa sehingga boleh menjamin akan jawatan Timbalan KM 1 kepada Kak Min ?. Jikalau benarlah sedemikian, ini bermakna 2 orang ini adalah lebih berkuasa dari Ketua Menteri sendiri, iaitu orang yang bertanggungjawab dalam perlantikan ini.

Kak Min harus bercakap atas logik akal dan sertakan juga bukti-bukti yang kukuh bagi membuktikan dakwaan beliau ini berasas agar tidak dilabel sebagai fitnah. Isu jawatan Timbalan KM 1 adalah benda penting dan tidak boleh dipandang ringan. Jadi kita berharap Kak Min dapat membuktikan bahawa jaminan ini adalah benar belaka tanpa prasangka.

Berbalik kepada persoalan ini, adakah tujuan Kak Min menimbulkan isu-isu ini atas sebab publsiti ?. Sebab sudah menjadi tradisi setiap PRK, Calon Bebas tidak akan mendapat liputan menyeluruh atau publisiti yang begitu hebat seperti Kak Min ini. Ini kerana calon yang akan dan dijamin mendapat publisiti meluas adalah calon BN, Calon dari PR juga amat jarang untuk diberi publisiti sedemikian rupa. Tapi tidak di Penanti, publisiti untuk Kak Min dilihat hebat dan mengatasi publisiti untuk calon PKR apatah lagi untuk 2 orang Calon Bebas yang lain. Adakah petanda-petanda ini bermaksud yang penglibatan Kak Min dalam PRK Penanti adalah diatas arahan sesuatu pihak ?.

Jikalau kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tidak pernah dalam sejarah Politik Malaysia moden, seorang calon bebas diberikan liputan dan publisiti yang meluas seperti Kak Min ini. Perbuatan publisiti ini seolah-olah yang bertanding itu adalah Calon BN, jikalau diukur dari segi publisitinya. Ini kerana publisiti ini selalunya diperolehi oleh Calon BN sahaja jikalau ada PRK. Jadi fikir-fikirkanlah, adakah terdapat tangan-tangan ghaib dibelakang Kak Min...

Ezam Mengutarakan Soal Rasuah Didalam UMNO


  • Hujah 26/5 di TV9 menampilkan Ezam sebagai Ahli Panel dan Prof Agus sebagai Pengerusi. Memang menarik Episod Hujah kali ini kerana soalan-soalan yang dilontarkan oleh Prof Agus adalah bersifat "bola tanggung" dan disitu kita dapat menilai akan taraf sebenar Ezam ini setelah beliau menyertai UMNO kembali. Ezam tidak langsung menunjukan ciri-ciri seseorang yang sebenarnya berpegang pada prinsip seperti yang beliau war-warkan sebelum ini. Sebelum ini beliau menyatakan yang beliau menyertai UMNO atas dasar prinsip dan prinsip tersebut adalah Rasuah yang mana menjadi penentangan atau musuh utama beliau sehingga tertubuhnya Gerak. Prinsip atau penjelasan atau pendirian beliau untuk kembali menyertai UMNO adalah kerana pada masa itu beliau melihat dan mengakui bahawa UMNO benar-benar telus dan bersungguh-sungguh dalam membasmi Rasuah. Diantara bukti yang diutarakan oleh beliau adalah dengan tertubuhnya SPRM dan Hebohan tentang salah-laku rasuah didalam UMNO oleh Majilis Tertinggi UMNO.
  • Apakah Ezam telah lupa atau terlepas pandang, semenjak beliau kembali menyertai UMNO, berapa ramai pemimpin2 UMNO yang didakwa atas salahlaku Rasuah oleh SPRM ?. hanya seorang dua bukan ?. Lantas bagaimana pula dengan pemimpin2 lain yang telah dibuktikan terlibat dalam salahlaku Rasuah ketika Pemilihan Agung oleh MT ?. Bagaimana dengan Ali Rustam, KJ, Isa Samad dll ?. Adakah mereka ini telah didakwa oleh SPRM yang menjadi modal pendirian Ezam untuk kembali menyertai UMNO ?. Apa Ezam terlupa atau terlepas pandang akan demonstrasi di ruang legar PWTC yang mana membantah campurtangan oleh SPRM terhadap urusan dalaman UMNO ?. Apa Ezam lupa atau terlepas pandang akan Ketua Menteri Melaka masih kekal memegang jawatannya sebagai Ketua Menteri meskipun 1 Malaysia sudah tahu beliau terlibat dalam salah-laku rasuah. Apa Ezam lupa atau terlepas pandang akan nasib KJ yang hanya diberi amaran sahaja setelah terbukti yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah ketika Pemilihan Agung ?.Sedangkah mangsa yang melakukan kesalahan yang sama digantung pertandingannya. Dimanakah peranan SPRM didalam kes-kes sebegini yang buktinya sudah kukuh dan sudah diheboh 1 Malaysia ?. Adakah kerana mereka UMNO, maka SPRM terkecuali untuk melakukan pendakwaan ?.
  • Kita lihat hujah2 Ezam semalam yang bagi saya gagal dijawab dan tidak menepati soalan. Ezam mengatakan mereka yang berkuasa akan mengamalakan rasuah. Ini salah, UMNO masih dengan sindromnya yang mana beranggapan bahawa apa yang UMNO lakukan akan dilakukan juga oleh parti lain. Jikalau UMNO melakukan rasuah, Parti lain juga melakukan rasuah, inilah yang dicanang2 oleh UMNO dan pendek kata, UMNO ingat, apa yang mereka buat, orang lain akan buat. Sekarang zaman millenium, orang sudah ada sumber2 alternatif bagi mendapatkan berita dan kebenaran. Kalau 20 tahun dahulu UMNO mengatakan demikian, ya, mungkin ada yang akan percaya. Namun pada zaman sekarang, apa yang UMNO katakan tidak mungkin rakyat akan terima. Ini kerana sudah sinonim atau ibarat Irama dan Lagu dimana Rasuah dan UMNO memang tidak dapat dipisahkan. Waima jikalau ingin bertanding diperingkat cawangan sekalipun wajib hulur atas nama duit kopi
  • Rasush dan UMNO sudah bermula sewaktu UMNO dizaman Tunku lagi. Dimana satu peristiwa yang dapat saya ambil adalah peristiwa dimana Tunku "mencolek" dan"mengugut" ahli-ahli DUN Kelantan pada tahun 60-an dulu. Dimana Tunku juga menawarkan mereka habuan atau "hadiah" jikalau mereka bersetuju untuk melompat Parti dan akhirnya menyebabkan Kerajaan Negeri yang diterajui PAS tumbang. Ini diakui sendiri oleh Bekas Presiden PAS dan kemudiannya menyertai UMNO, Tan Sri Asri Muda didalam memoirnya. Jadi tidak dapatkah kita sinonimkan lagi bahawa Rasuah sudah menjadi darah daging UMNO sejak zaman-berzaman lagi.
  • Ezam juga kononnya mengambil contoh isu balak di Kelantan dengan harapan penonton beranggapan bahawa Kerajaan Negeri Dibawah teraju PAS juga mengamalkan rasuah. Isu balak di Kelantan tiada sangkut paut dengan Kerajaan Negeri kerana Tanah-tanah di Kelantan yang terlibat dalam isu balak ini adalah dibawah Kuasa Istana, yakni bermaksud tanah-tanah ini adalah milik Istana(individu) dan bukannya milik kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri tidak terlibat langsung dalam isu jual balak ini. Namun seperti biasa UMNO sekali lagi menggunakan Istana untuk memburukkan PAS di Kelantan sebab UMNO ketahui bahawa PAS tidak mampu untuk serang balas kerana isu ini melibatkan Istana dan jikalau PAS menyerang balas, UMNO akan menggunakan taktik kotornya dengan memainkan isu bahawa PAS Derhaka kepada Istana.
  • Ezam juga sedaya-upaya memburukkan Mantan Menteri Besar Perak yang sah, iaitu Dato' Seri Ir Nizar dengan mengaitkan beliau memberi arahan kepada Adun tersebut supaya tidak menyimpan wang hasil balak didalam akaun peribadi. Kenapa Ezam tidak mahu menyebutkan nama Adun tersebut jikalau beliau merasakan cerita ini adalah berasas ?. Kenapa mesti putar-belit dengan hanya menyebut seorang Adun, tidak nama Adun tersebut ?. Kalau beliau yakin dan sahih akan sumbernya itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk menyebut akan nama Adun tersebut. Berani kerana benar, takut kerana salah. Sesiapa pun boleh mengarang cerita tersebut dengan hanya menyebut secara umum tidak secara khusus. Dan untuk pengetahuan Ezam, Adun tersebut sudahpun lompat ke dalam Barisan Nasional secara tidak rasmi. Dan jikalau sudah melompat kedalam Parti Pemerintah, dan Ezam mengetahui beliau terlibat dalam salah-laku ini. Kenapa tidak diutarakan kepada Pemimpin Parti Pemerintah di Negeri tersebut untuk diambil tindakan yang sewajarnya ?. Adakah kerana dengan menyertai Parti Pemerintah segala dosa silam akan terhapus sebegitu sahaja dan kerana SPRM juga dibawah telunjuk Parti Pemerintah maka dosa Adun ini tadi tidak menjadi kesalahan ?. Ezam juga harus mengetahui bahawa sewaktu Adun ini didalam Parti lamanya, beliau telah dikenakan tindakan keras atas salah-laku yang dilakukan. Jadi siapa yang telus dan siapa yang menyembunyikan kesalahan ?.
  • Ezam juga mengutarakan soal kotak yang kononnya berpeti-peti yang didalamnya terisi segala rahsia-rahsia rasuah pihak kerajaan. Namun sehingga ke hari ini Ezam gagal untuk membuktikan kewujudan kotak-kotak ini. Sehinggalah semalam, akhirnya Ezam mengaku bahawa kotak tersebut tidak berada didalam simpanan beliau. Ianya didalam simpanan Dato' Seri Anwar. Apa Ezam telah lupa akan butir-butir ceramah beliau didalam Keadilan dahulu. Dimana acap kali beliau bercerita, kotak-kotak tersebut berada dalam simpanan beliau dan ianya disimpan diluar negara. Ezam mengambil buku karangan Prof Aziz Bari untuk menyokong hujah beliau bahawa beliau tidak terlibat dengan kotak-kotak ini. Dimana dalam buku tersebut tertulis bahawa Ezam hanyalah pernah melihat kotak-kotak tersebut namun tidak pernah beliau menyimpannya.
  • Sewaktu didalam Keadilan dahulu, Ezam acap kali menyebut akan perihal kotak-kotak itu mengandungi salah-laku Kerajaan, namun sehingga kesaat beliau keluar Keadilan dan akhirnya menubuhkan Gerak, beliau masih gagal untuk menjalankan pendakwaan terhadap pemimpin-pemimpin itu berkenaan rasuah yang kononnya tersimpan didalam kotak yang berpeti-peti itu. Walhal jikalau dikaji-kaji akan tujuan tertubuhnya Gerak, adalah untuk membanteras Rasuah. Namun sehingga kesaat terakhir beliau sebagai Presiden Gerak, beliau masih gagal untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam isu kotak ini meskipun beliau kononnya ketahui bahawa segala bukti ada didalam kotak itu
  • Jadi, didalam pemasalahan ini Ezam seharusnya berfikir dua atau tiga kali jikalau ingin mengutarakan soal Rasuah yang menjadi musuh no 1 beliau, ini kerana, Parti yang baru beliau sertai kembali itu tidak pernah lari dari salah-laku rasuah meskipun ianya telah dipenjenamaan semula atas nama Politik Wang, bahkan kes-kes ini akan ada sahaja yang terbaru temasuklah hari ini dimana seorang Ketua UMNO Bahagian didakwa atas kes rasuah yang melibatkan RM 200 Ribu. Janganlah jadi seperti Kuali mengata Belanga Hitam, walhal kedua-duanya adalah sama.

Tuesday, May 26, 2009

Sampai Bila Sistem Pengangkutan Kita Membebankan Rakyat

Sampai Bila ?. Itulah tajuk Utusan Malaysia 26 Mei bagi merujuk kepada masalah pengangkutan awam yang begitu teruk sekarang ini. Masalah yang diutarakan adalah kesesakan didalam pengunaan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Baik bas mahupun LRT dan tidak lupa juga KTM Komuter. Kesesakan yang dimaksudkan adalah kesesakan penumpang-penumpang sistem pengangkutan awam ini yang terpaksa beresak-esak, berhimpit-himpit dan juga berkejar-kejar didalam penggunaan sistem ini. Didalam masalah ini, hal keselamatan ditolak ketepi, yang lebih utama bagi penumpang adalah mereka dapat menggunakan pengangkutan ini dan seterusnya boleh sampai ke destinasi yang dikehendaki dengan cepat. Tidak lagi timbul soal keselamatan bagi mereka ini kerana masing-masing berlumba-lumba untuk menggunakan sistem ini bagi membolehkan mereka sampai ke tujuan yang dirancang tanpa sebarang halangan meskipun ianya membahayakan diri mereka sendiri.

Jikalau dikaji-kaji dan didalami sitem pengangkutan ini sebenarnya, ianya tidaklah terlampau mesra penumpang atau mesra rakyat sebenarnya. Ianya hanyalah sekadar cukup syarat bagi membuktikan bahawa Pemerintah juga mampu membuat apa yang terdapat di Luar Negara. Adakah ini hanya gula-gula yang ditabur untuk mengkaburi ,lantas membodohkan rakyat yang konon-kononnya mereka juga mampu walhal sebenarnya tidak sempurna ?.Kita kupas satu persatu apa yang dikatakan tidak mesra penumpang atau mesra rakyat sebenarnya.

Soal laluan sistem Rapid KL(Star dan Putra LRT) yang mana bermula di Stesen Terminal Gombak dan berakhir di Stesen Kelana Jaya bagi Putra LRT. Ianya adalah satu laluan yang panjang dan mengambil masa hampir satu jam jikalau bermula di Terminal Gombak dan Berakhir di Stesen Kelana Jaya. Disepanjang laluan ini umum mengetahui ianya adalah kawasan-kawasan yang terletak didalam pola penduduk yang tinggi sekali ataupun kawasan-kawasan perumahan yang padat. Namun masalahnya adalah Stesen ini terletak agak jauh dari Kawasan perumahan dan mengalami kesukaran bagi penumpang yang menggunakannya kerana sistem bas(suttle) yang disediakan tidak terlampau kerap dan melalui setiap kawasan-kawasan perumahan itu. Ianya hanya melalui jalan-jalan besar sahaja. Ini amat menyukarkan pengguna jikalau ingin menggunakan khidmat Rapid KL ini, kerana mereka terpaksa menapak jauh ke jalan besar bagi mengambil Bas ini yang seterusnya membawa mereka ke Stesen-stesen yang berhampiran(hakikatnya tidak hampir) dengan kawasan perumahan mereka. Kita tidak mengharapkan Bas-bas ini berhenti atau lalu betul-betul dihadapan rumah mereka, cukuplah sekadar di kepala-kepala simpang yang menjadi laluan masuk kekawasan perumahan mereka, Jadi mereka tidaklah perlu menapak sehingga hampir 2km hanya untuk mendapatkan perkhidmatan bas ini bagi membolehkan mereka menggunakan khidmat Rapid KL. Sekurang-kurangnya mereka sudah boleh menjimatkan masa perjalanan hampir 50% dengan berjalan kaki, bayangkan bagaimana ketika musim hujan dan mereka terpaksa menapak sehingga 2km dan mengharungi segala lopak air bagi mendapatkan perkhidmatan bas ini. Walhal pihak perbandaran telah menyediakan kemudahan perhentian bas(bus stop/stand) di kepala-kepala simpang perumahan mereka.

Soal seterusnya adalah soal tambang yang dikenakan bagi setiap penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini. jikalau dilihat, harga tambang yang dikenakan adalah tinggi sebenarnya meskipun ada sesetengah pihak berpendapat ianya munasabah dan berpatutan. Bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini seharian untuk ke pejabat(pengguna tetap), tentu akan merasa akan keperitan untuk membayar harga perkhidmatan ini, Itu belum ditambah akan kenaikan harga tambang dari semasa ke semasa atas alasan kenaikkan bahan bakar atau penaiktarafan perkhidmatan. Mungkin ada yang bercakap, mereka juga memberi perkhidmatan Pas Bulanan, namun tahukah anda berapa harganya pas bulanan tersebut, dari RM 60 sebulan telah naik kepada hampir RM100 sebulan. Ia adalah satu kenaikkan yang mendadak dan membebankan bagi mereka di kelas menengah dan bawahan. Dan pas bulanan ini tidak boleh digunakan disetiap perkhidmatan pengangkutan awam di KL ini, jikalau pas itu hanya untuk Rapid KL, Ianya hanya boleh digunakan untuk Rapid KL sahaja, tidak boleh digunakan untuk KL Monorel atau KTM Komuter. Bayangkan kalau seseorang itu terpaksa menukar dua-tiga kali laluan dan menggunakan perkhidmatan yang berbeza-beza setiap hari untuk ketempat kerja mereka. Berapa puluh ringgit lagikah yang mesti dibelanjakan saban bulan ?.

Yang seterusnya adalah soal masa dan kelajuan. Bagi saya sistem pengangkutan awam di Malaysia ini masih belum dapat mencapai taraf sistem penangkutan di negara-negara maju dan membangun lain. Sistem pengangkutan di Tanah Air kita amat tidak efisien sekali dan kadang-kala ianya membebankan bagi pengguna tetap. Bayangkan kekerapan sistem pengakutan ini yang mengambil masa hampir 5-10 minit untuk tiba disesuatu destinasi itu. Dalam masa ini, penambahan pengguna akan meningkat sekali atau dua kali ganda. ditambah pula koc yang pendek. Adakah cukup untuk menampung kebanjiran penumpang yang tidak putus-putus tiba ?.Belum ditambah lagi jikalau sistem ini mengalami masalah atas alasan teknikal.

Keselesaan adalah juga perkara utama yang perlu dititik-beratkan, terutama soal alat penghawa dingin didalam setiap koc tersebut. Bayangkan tren yang beresak-esak dengan penumbang yang bermacam ragam dan kerenah serta bau-bauan terpaksa mengharungi suhu yang panas dan tidak selesa sehinggakan ada penumpang yang pengsan atas situasi ini. Soal keselesaan amatlah tidak sesuai dengan apa yang pengguna bayar sebenarnya. Seharusnya pengguna mendapat lebih dari apa yang mereka dapat sekarang ni berdasarkan nilai yang perlu mereka bayar.

Pihak yang berkaitan terutama pihak pemerintah haruslah menkaji dan mencari titk pennyelesaian perkara ini. Contohilah sistem pengangkutan di negara-negara jiran kita yang lebih efisien dan teratur. Baik dari segi laluannya, tambangnya, kecepatannya dan juga keselesaannya. Mereka tidak perlu hendak mengwar-warkan kepada dunia yang mereka adalah yang pertama dalam setiap aspek. Mereka tidak perlukan publisiti murahan seperti ini. Yang mereka pentingkan dan utamakan adalah soal kebajikan dan keselesaan rakyat dan yang paling penting rakyat dapat apa yang setimpal dengan apa yang mereka bayar. Mereka hanya selaraskan sahaja sistem pengangkutan ini dan tidak mengkomersialkannya kerana ini adalah kepentingan rakyat, baik dari segi tambang, keselesaan dan perjalanan.

Apakah belum cukup publisiti-publisiti yang mengatakan pemimpin itu, pemimpin ini turun padang dan kesannya masih ditakuk lama ?.Apakah perkara utama yang menjadi tinjauan mereka dari masalah dan keselesaan rakyat ?. Apakah belum cukup pemimpin itu dan pemimpin ini bising soal pengangkutan awam semenjak dari pemimpin terdahulu dan pemimpin sekarang ?.Apa yang paling utama disini adalah soal kebajikan rakyat dan satu sahaja caranya, jangan memperdagangkan atau mengkomersialkan soal yang berkaitan dan penting untuk rakyat. Ini kerana rakyat berhak mendapatkan hak mereka sebagai pembayar cukai. Utamakan rakyat dari agenda-agenda peribadi yang mendatangkan keuntungan kepada segelintir pihak.

Sunday, May 24, 2009

Tambak Johor Kekal Atau Kebebalan Kekal


Akhirnya tanggal 22 Mei yang lalu, Kerajaan Singapura bertegas dengan keputusan untuk tidak akan merobohkan Tambak Johor bagi memberi laluan kepada pembinaan Jambatan Bengkok. Diantara alasan Kerajaan Singapura adalah, Perobohan dan pembinaan semula akan menelan belanja yang besar. Logik juga apa yang diutarakan oleh Kerajaan Singapura itu, kerana Kos yang perlu ditanggung adalah Kos merobohkan Tambak Johor, Kos Membersih sisa robohan itu dan akhir sekali Kos membina Jambatan Bengkok tersebut.


Dan seperti lazimnya, Kerajaan Malaysia dibawah teraju BN mengalah dan mencadangkan untuk membina Jambatan baru atau Jambatan ketiga diantara Timur Johor dan Singapura. Kerajaan Malaysia juga memaklumkan bahawa Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor itu tidak akan lagi dibincangkan kerana Kerajaan Singapura tetap bertegas tidak mahu merobohkan Tambak Itu. Dan Kerajaan Malaysia akan menimbangkan pula cadangan Kerajaan Singapura yang diantaranya melebarkan Tambak Johor dan penaiktarafkan Rel Keretapi.


Jikalau disorot kembali kemelut ini, Jambatan Bengkok dicadangkan oleh Mantan PM, Mahathir Mohamad sebelum beliau pencen dan projek ini akhirnya ditangguh oleh Pengganti beliau, Abdullah Badawi atas alasan Ekonomi dan Negara kekurangan dana. Atas sebab inilah Mahathir mula meroyan dan mencetuskan konflik antara Mahathir dan Pak Lah sehingga melarat bertahun-tahun lamanya. Tidaklah diketahui apa yang tersirat sehingga membuatkan Mahathir begitu menyinga dengan langkah Pak Lah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok ini.


Ketika itu, juak-juak yang menyokong Mahathir didalam Gerombolan menggunakan alasan, memudahkan laluan Kapal Dagang dari Selat Melaka ke Laut China Selatan dan akhirnya menguntungkan Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana tidak perlu melalui Selatan Singapura dan menggunakan Pelabuhan Singapura. Alasan inilah yang digunakan oleh juak-juak Mahathir didalam Gerombolan untuk menyerang Pak Lah ketika itu., Alasan-alasan ini kemudiannya menjadi bual mulut rakyat marhain dan akhirnya mereka menyokong tindakan Mahathir untuk membina Jambatan Bengkok.


Sekarang mari kita lihat Selat Tebrau, Luas Selat Tebrau ni hampir 1.5km(Malaysia dan Singapura) dan Selat Tebrau juga adalah cetek dan tidak sesuai untuk laluan Kapal-kapal dagang. Setakat Kapal Nelayan, InsyaALLAH tiada masalah. Jadi dari situ sahaja sudah jelas akan alasan bahawa Jambatan Bengkok ini dibina bagi memudahkan laluan kapal-kapal dagang ke Laut China Selatan adalah mustahil dan tidak masuk akal. Tetapi jikalau mereka memberi alasan alam sekitar, yakni membolehkan pengaliran air antara Selat Melaka dan Laut China Selatan barulah ianya masuk akal dan logik.


Jadi, apa yang aku lihat, Kemeroyanan Mahathir atas sebab Pak Lah membatalkan Pembinaan Jambatan ini adalah sebab-sebab peribadi yang lain, bukannya atas sebab memudahkan laluan kapal dagang. Jangan dilupa juga soal paip air menjadi isu sensitif, yang mana Paip Air itu tidak boleh diubah, diusik dan diapa-apakan selagi ada bulan dan bintang, itulah metaforanya perjanjian yang telah dibuat dahulu oleh Singapura dengan Kerajaan Negeri Johor. Jadi, isu paip air adalah benda yang perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak dan ianya amat sensitif untuk Singapura. Jadi bagaimana kedudukan paip air ini kelak andaikata Jambatan Bengkok ini berjaya dibina ?. Hendak tanam didasar lautkah atau hendak dibina diawang-awangan selari dengan paras Jambatan Bengkok.


Jangan dipinggirkan juga soal Rel KTM Sinaran Malam yang beroperasi setiap hari dari KL Sentral ke Tanjong Pagar di Singapura. Bagaimana dengan nasib Rel tersebut kelak andaikata Jambatan Bengkok dibina ?.Adakah akan menerima nasib seperti Paip Air ?, Tidak tahu status dimana lokasi ianya berada ?. Didasar lautkah atau diawang-awangankah ?.Andaikata ianya dibina selari dengan paras Jambatan Bengkok itu, adakah Keretapi tersebut terpaksa melakukan "koner baring" ataupun "driff" apabila melalui selekoh yang dibengkokkan di Jambatan itu dengan alasan bagi memudahkan kapal dagang lalu dibawahnya.


Jadi, itu diantara perkara-perkara penting yang perlu diambil kira juga jikalau Kerajaan Malaysia berhasrat untuk meneruskan projek Mahathir ini. Untuk pengetahuan, kos membina Jambatan Bengkok ini adalah yang termahal sekali didunia, iaitu RM 1.1 Billion, tidak lah dapat saya gambarkan berapa banyak angka sifarnya. Sepatutnya Mahathir bersyukur dan bersetuju dengan langkah pembatalan Jambatan ini kerana ianya dapat menjimatkan duit rakyat, tetapi ini tidak, terbalik pula jadinya. Adakah Mahathir mempunyai maksud sesuatu disebalik pembinaan Jambatan Bengkok ini ?. Akhir kata Kronisme dan Nepotisme tak dapat dipisahkan dengan Gerombolan dan Siapakah mangsa royanan Mahathir seterusnya andai Jambatan ini tidak dapat dibina.? Jadi Tambak Johor Kekal atau Kebebalan Gerombolan yang Kekal....
p/s-Jangan dilupa juga Jambatan Link Kedua yang telah siap berkurun lamanya menghubungkan Tanjung Kupang dan Tuas Checkpoint yang parasnya sama dengan Tambak Johor.